Sabtu, 20 Jun 2009

rezeki aku ...

Mereka cakap , aku nie beruntung bila mengetahui yang aku mempunyai anak kembar sepasang iaitu lelaki dan perempuan . " Eeeee , bestnya ... seronoknya , susah nak dapat kembar berlainan jantina ." Puan doktor yg meyambut kelahiran si kembar pun cakap begitu . Itu kata mereka . Bagi aku , rezeki dari Allah , aku terima dgn penuh kesyukuran ..

Namun begitu , ada juga kedengaran cerita2 mengarut yg mereka selitkan . Lantak lah ...


Kembar tak seiras ..Dilahirkan pada 29/10/2006

Afeeq : Lahir 12.58 a.m , 2.55kg Anees : Lahir 1.04 a.m , 2.85kg
Lembut , pendiam , penyedih , penakut , cengeng , penurut , penyayang , manja , pemurah , pemaaf , boleh berkongsi apa saja milik nya dgn org lain , selalu mengalah .

Aktif ( terlebih gula kot ) , ceria , peramah , berani mencuba , banyak mulut , mesra alam , suka buli Afeeq , suka mengarah , kreatif , penyayang , tidak suka berkongsi , selalu nak menang .

Aku selalu memerhatikan perangai dan perwatakan mereka berdua . Perbezaan mmg amat ketara .

Si abang byk belajar dari si adik . Apa jua kemahiran , si adik dapat dulu . Dua minggu kemudian barulah si abg dpt kemahiran tu .

Tak boleh pisahkan mereka . Ke mana pergi mesti berdua . Bila hilang sorg , yg lagi satu akan tertanya2 dan tak akan ke mana2 selagi yg lgi satu tak mengikut.

Anees byk memainkan peranan sebgi seorg pemimpin dan Afeeq sebagai pengikut yg setia .

Kadang2 dlm gurauan aku dgn kwn2 , aku selalu berkata , mereka nie tertukar . Anees tu lelaki dan Afeeq tu perempuan ...
Anees adalah aku semasa kecil .
Afeeq byk mewarisi sikap dan perangai ayahnya .


Terima Kasih Ya Allah ! Aku bersyukur dgn kurniaan MU !






3 ulasan:

  1. Comelnya anak2 kak...bersyukur ke hadrat Allah. Semoga mereka menjadi muslim dan muslimah yang diberkati Allah di dunia dan di akhirat.

    BalasPadam
  2. comelnya mereka bedua... Seronoknya dapat anak kembar, dulu selalu jer berangan2 nak anak kembar, tapi bila dapat anak setahun sorang... dah kelam kelibut dibuatnya...

    BalasPadam
  3. kak..jrg jumpa org dpt anak kembar sepasang. u are so lucky! syukur. comei2 lak tu ;)

    BalasPadam