Selasa, 30 Jun 2009

pelamin anganku ...

Hidup tanpa angan2 umpama kapal tanpa layar. Angan2 tanpa perancangan umpama kapal dengan layar tetapi tanpa nakhoda. Terumbang-ambing di tengah lautan , hilang arah tujuan .

Salah seorang sahabatku berkata , “ Jika ingin berjaya kita mesti bayangkan dengan jelas dalam fikiran apa yang kita inginkan . Kita perlu bayangkan untuk satu jangka waktu yang panjang . Kita senaraikan apa yang kita hendak capai dalam tempoh lima tahun atau sepuluh tahun yg akan datang .”

Aku juga mempunyai angan2 untuk mencapai impian selepas bersara nti . Aku dah fikirkan dan menyenaraikan langkah2 yg perlu aku ambil utk mencapai impian itu .

Aku memulakan langkah pertama dgn mengikuti kursus. InsyaAllah , itu bkn kursus yg pertama dan terakhir , akan disusuli dgn kursus2 yg lain juga . Walaupun aku mempunyai sedikit kemahiran dlm bidang itu tapi tidak mencukupi . Kursus2 tersebut amat perlu untuk aku memantapkan diri dan juga memberi semangat serta keyakinan diri .

Rumah aku sekarang dah kosong . Tahun 2010 dah abis hutang dgn Perbendaharaan . Sekurang2nya dah ada tempat utk meneruskan langkah yg pertama , tak perlu menyewa . Ada juga hikmah dgn apa yg berlaku ! Aku boleh beli peralatan sedikit demi sedikit dahulu .

Dalam tempoh dua tahun nie , aku akan melengkapkan diri dgn kursus2 . Disamping itu , aku akan menguji kemahiran tersebut secara praktikal . Mulakan secara kecil2an dulu dan seterusnya memperbaiki kelemahan yg ada . Cari pelanggan tetap dulu .... Nampak aje senang , kan !

Yang seronoknya , dah ada org offer nak jadi pekerja aku . Kah , kah , kah ... Sabar dulu yer , kak Siti , Kak Long dan Rossyati .. InsyaAllah , tahun depan mula operasi . Raya tahun nie tak sempat sebab peralatan tak mencukupi .





7 ulasan:

  1. pelamin anganku musnah...
    lagu Azie.... suke suke..

    ni mesti projek nak buat bisnes kuih kan.. takpun kek..

    BalasPadam
  2. Bisness apa laa ni yea..tertunggu2 jawapannya..hehe..Moga berjaya..Insyallah...Perancangan perlu lancarkan..sedikit demi sedikit dengan kesabaran..Insyallah..

    BalasPadam
  3. haha.. bagus akak ni. rancangan bisnes utk masa depan... saya pulak ada buat projek bela ayam kampung kak... buat bisnes jugaklah...

    BalasPadam
  4. semangat ASE1..!!! kau pasti bisa, InsyaAllah..

    semangatmu membuat aku bersemangat juga..

    BalasPadam
  5. Salam..

    bagus.. bagus... wanita berwawasan menjana ekonomi negara... tp ekonomi sendiri dulu kena tumpukan...

    Persedian lain pun kena ada tau... yg lebih penting dari yg terpenting...

    BalasPadam
  6. errrr.. nak tanya la.. nape ekk dkt list saya tulis blog ni has not updated since 9 months ago?

    cuba check.. ada something wrong kott.. sbb tu saya tak tau yg blog ni ada update.. cuba check dulu... kalau x caya.. tgk dkt blog saya k..

    BalasPadam