Rabu, 10 Jun 2009

Aku nak ke sana ...

Aku terlewat ke surau . Ni lah kalau sibuk dgn anak2 . Tapi masih berkesempatan lagi .
Tok guru dah mula kuliah.. Tak sempat bertanya kan nama tok guru pada jemaah yg lain . Masing2 sdg khusyuk mendengar , tunduk dan insaf . Tak nak menganggu . Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak. Tentang syurga, tentang neraka.

Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.

Jika orang beriman , pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir , ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga..

Yang menghairankan , biarpun kaabah tahu itu perintah Allah , namun ia enggan bergerak . Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga.. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak.Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir...

Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.

Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka.

Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku.... Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....

Betapa nikmat dan beruntung nya.... bersyukur sekiranya dapat mengerjakan Haji dan Umrah....

Subhanallah

Allahuakbar

8 ulasan:

  1. Subhanallah...bertuahlah org2 yg pernah menunaikan haji dan umrah.

    Rasa nak segera terbang ke sana. panjangkanlah umurku...dan berilah aku rezeki untuk segera ke sana...amiiiin.

    BalasPadam
  2. Subhanallah...

    Semoga kita semua diberi kesempatan oleh Nya beribadah di depan Kaabah biarpun sekali..amin.

    BalasPadam
  3. Subhanallah..
    ASE1.. aku merinding membacanya..
    semoga kita semua sempat penuhi undanganNYA ke Baitullah.. dan selalu bisa berthawaf disini, dikehidupan kita sehari-hari, amiin

    BalasPadam
  4. Beruntungnya... :-)
    Aku telah bermimpi mengadapnya...hanya waktu belum sampai ke sana...

    BalasPadam
  5. hmmm.. macamana pulak dgn org yg Allah tak bagi mereka 'Rezeki' untuk ke sana ya... hmmmm... Apa-apa pun Allah maha Adil. Kalau tak diberi dgn cara itu, akan diberi dgn cara ini... beramallah selalu...

    org yg dicampak ke neraka kemudian diampunkan Allah dosanya sebelum diberi hukuman sepenuhnya ke atas dosa-doa yg dilakukan adalah golongan yang beruntung... tapi lebih beruntung lagi orang yg terus di masukkan ke syurga...

    BalasPadam