Allah SWT mengumpamakan orang2 yg kenal al-Quran dan boleh membacanya , tetapi tidak mengenal isi kandungannya dan memahaminya adalah seperti sang himar atau keldai yg asyik memikul kitab2 tebal yg banyak tetapi langsung tidak mengetahui ttg apa yg dipikulnya .
Haiwan ini disebut di dlm al-Quran sebgi bhn iktibar dan dijadikan bahan perumpamaan kepada akhlak atau tabiat buruk .
1. Seburuk-buruk suara
Buruknya suara keldai itu dinyatakan Allah SWT tatkala mengisahkan nasihat Luqmanul Hakim kepada puteranya dalam surah Luqman ayat 19 yg bermaksud " Dan lembutkan lah suara engkau! Sesungguhnya suara yg amat buruk ialah suara himar. "
Luqman berpesan kepada anaknya agar merendahkan suara di dlm pergaulan .
2. Tabiat buruk Keldai
Keldai juga mempunyai tabiat (perlakuan) buruk dalam aktiviti seksnya.Namun yg lebih hodoh lagi teramat hina apabila manusia yg punya akal juga turut melampiaskan nafsun seksnya sebagaimana buruknya aktiviti ' mengawan ' sang keldai . Sabda Nabi SAW : " dan tinggallah manusia2 yg bersikap buruk yg seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar . Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang. " ( Riwayat Muslim )
3. Kepala Keldai
Dalam melaksanakan solat berjemaah , kita harus memahami tatacara , pergerakan dan sah batalnya. Kejahilan mengenai perkara ini bukan sekadar menjadikan solat seseorg tidak sah dan penuh cacat celanya , malah beroleh ancaman yg menakutkan di akhirat kelak. Sesetengah makmum tersangat gopoh dlm pergerakannya sehingga pergerakan dari rukun ke rukun sering mendahului imam . Bagi mereka , ada pesa drp nabi SAW yg diriwayatkan drp Abu Hurairah r.a. , " Tidakkah takut org yg mendahului imam mengangkatkan kepala sebelum imam , bahawa Allah akan mengubah kepalanya menjadi keldai ?" ( Riwayat Muslim )
p/s : ( Majalah ANIS - JUN 2009 )
Ilmu yg baik utk dikongsi bersama......
BalasPadamTQ kak...
Sungguh berguna... :-)
BalasPadam