Selasa, 30 Jun 2020

SEBAT !

Semalam...
suami aku excited sangat bagitau ..
dah bincang dgn orang surau nak buat kenduri sambut menantu ...
tanpa bincang ...

Sebelum tu dah bagitau nak buat makan2 jer dgn adik beradik ..
tup tup lain plk jadinya ...

30hb tu , nak masak daging kambing ..
sehari sebelum hari raya haji
masih dalam eddah PKPP ...

Hari ni ...
dia suh bagi Salman RM1000
dgn kata2 ...
jgn plk awak yg SEBAT !

orang TOKSIK .. jauhi
tak percaya pada orang lain ..

Ahad, 28 Jun 2020

Langkah jer ...

Hari ni pergi ke Ganchong , Pekan utk berbincang pasal Salman dengan tunangnya .. Majlis nikah dah ditetapkan pada 25/7/2020 . Diawalkan 2 minggu . Iaitu seminggu sebelum raya haji .

Majlis buat yg wajib jer . Nikah di Pejabat Agama Islam Peramu .

Aku sebenarnya kebosanan . Aku nak berjalan ke rumah ipar2 dan biras . Tapi biasanya aku jer yg rajin menziarah mereka .. Dorang tak rajin pun datang rumah aku . Raya pun tak datang kecuali kalau aku buat majlis makan2 , barulah datang ..

Aku ada terdengar juga yg biras  sebelah kanan pergi ke rumah ipar sebelah kiri . Rumah aku di tengah2 mereka langkah jer ... Kenapa yer jadi cam tu , benci ker .. Aku almaklum dgn keadaan rumah aku , bukan rumah mewah , rumah murah jer ... set kerusi tak der .. Rumah pun tak berlangsir . datang rumah kena duk bersila atas lantai ... kesian aku kannn ...

Sabtu, 27 Jun 2020

Suamiku Imamku ...

Alhamdulillah , syukur kepadaMu Ya Allah .
Engkau makbulkan doaku hari ini ..
Selama ini ,aku berdoa agar suamiku menjadi imam solatku
Moga menjadi perubahan yg baik terhadap keluarga dan Istiqamah berterusan .

Jumaat, 26 Jun 2020

Akhirnya dapat balik ...



Selepas diumumkan PKPP ( Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ) bermula 10 Jun - 31 Ogos , ramai yang mengambil kesempatan pulang ke kampong setelah hampir 3 bulan terkurung ..

Begitu juga aku dan sikembar .. balik kampung.  Meru berjumpa emak , anak dan cucu . Balik 18hb .. cadang nak tinggal hingga 1Julai ... tapi hampasss , Afiq sibuk nak balik , kebosanan ...

18hb balik , bertolak kul 9.30 pagi . Tiba di Meru kul 3.00ptg .. byk tempat berhenti .. Hari ni tidur rumah mak .

19hb Jumaat , gi rumah cikma kat Jln Kebun ... , petang dlm kul 6 gi rumah Lyna , jumpa Aydan .. bermalam ... Aydan dah tak kenal nenek !

20hb Sabtu , outing dgn Rohana dan Roszana , breakfast di Jalan Khamis , pastu gi Warung Buluh Corner jumpa Aina ... Cari durian di Bukit cherakah kebun Rohana .. Alhamdulillah , dapatlah 2 biji .  Pastu lunch di Restauran Temerloh di Shah Alam .. Petang , gi semula rumah Lyna , bermalam .

21hb  Ahad, balik semula ke Meru ...

22hb Isnin , gi ke rumah Ros dgn mak .. makan2 sampai petang .

23hb Selasa , Afiq dah kebosanan sangat , ajak balik Kuantan gak ..Maka ,berkemas2lah .. balik !