Hari ni pergi ke Ganchong , Pekan utk berbincang pasal Salman dengan tunangnya .. Majlis nikah dah ditetapkan pada 25/7/2020 . Diawalkan 2 minggu . Iaitu seminggu sebelum raya haji .
Majlis buat yg wajib jer . Nikah di Pejabat Agama Islam Peramu .
Aku sebenarnya kebosanan . Aku nak berjalan ke rumah ipar2 dan biras . Tapi biasanya aku jer yg rajin menziarah mereka .. Dorang tak rajin pun datang rumah aku . Raya pun tak datang kecuali kalau aku buat majlis makan2 , barulah datang ..
Aku ada terdengar juga yg biras sebelah kanan pergi ke rumah ipar sebelah kiri . Rumah aku di tengah2 mereka langkah jer ... Kenapa yer jadi cam tu , benci ker .. Aku almaklum dgn keadaan rumah aku , bukan rumah mewah , rumah murah jer ... set kerusi tak der .. Rumah pun tak berlangsir . datang rumah kena duk bersila atas lantai ... kesian aku kannn ...