Sabtu, 31 Disember 2011

Operasi dah bermula ...


KEK LAPIS ASAM MANIS
^
^
^

Dah sebulan aku tak mengambil tempahan kek . Ramai yg dg ingin membuat tempahan tapi aku menolak dgn alasan2 tertentu . Kini tempahan dah dibuka semula ...
*
Tempahan nie dari Kak Siti Nor Alizam . Pelanggan setia aku . Suaminya amat menggemari Kek Lapis Evergreen .
*
Aku pun dah memulakan operasi sepenuhnya di rumah aku di Indera Mahkota 2 . Sebelum nie , kebanyakkan kek aku buat di rumah Kg Padang Perdana , tempat yg aku tinggal sekarang . Kadang-kadang buat kek di rumah IM2 ... Banyak masa terbuang gitu jer ... Yer lah , nak memulakan bisnes nie bukan nyer mcm makan kacang . Amik masa ..
**
Sepanjang 2 tahun aku cuba2 menceburi bidang nie ... byk pengalaman dan pelajaran yg aku dapat . Terutamanya sikap manusia . Aku juga banyak muhasabah diri ! Alhamdulillah , aku menjadi insan yg penyabar dan tabah ....

Khamis, 29 Disember 2011

Siapa pun dia , ada aku kisah ...

Sejak GB pencen , belum ada pengganti yg masuk .Tinggal beberapa hari lagi , tahun 2012 akan menjelma .
*
Macam2 cerita aku dengar dr mereka tentang pengganti , padahal surat hitam putih tak der lagi . Masing2 tertanya2 . Risau sangat jika dapat GB yg tak OK ! Tapi cam ner nak nilai GB tu OK atau KO . Apa kayu pengukur yg akan digunakan . Penilaian setiap orang lain2 . Kalau yg suka akan kata OK , tak suka akan kata KO .
*
Biarlah 'dia' datang dulu , baru boleh nilai. Aku tak kisah siapa pun yang datang . Gb lelaki atau perempuan . Aku buat kerja seperti biasa !

Selasa, 27 Disember 2011

Merah sangat lah Mak Ngah ....

Minggu nie , guru guru kelas mengemas kelas masing masing utk persediaan tahun depan . Ada yg basuh kelas , cat kelas , pasang tikar , pasang langsir . Berbagai bagai hiasan utk menceriakan kelas . Harap2 semangat bgini berterusan hingga ke akhir tahun .
*
Guru kelas kutip duit dr murid2 ( tiada paksaan) utk tabung kelas . Digunakan utk kelas juga . Ada juga guru yg mengguna duit poket sendiri .
*
Awal tahun 2011 , cikgu Rohana pasang langsir warna merah menyala utk kelas dia . Memanglah menarik dan ceria . Aku pulak hari2 sakit kepala ( migrain ) bila masuk kelas dia . Lama gak aku tak dapat beri tumpuan pada murid2 . Nak cepat2 keluar dari kelas ... Itu aku , murid2 ?????
*

Isnin, 26 Disember 2011

Jangan tinggalkan ayah !!!!

Barang yg aku order kelmarin dah sampai . Almari dan set meja kopi utk ruang tamu . Kebetulan Anees dan Afeeq tiba bersama suami ku .
*
" Ibu nak tinggal kat sini ker ?" tanya Anees . Aku pun secara bergurau mengia kan pertanyaan dia . Tiba2 jer Anees menangis . " Ibu , janganlah tinggal ayah . Siapa nak temankan ayah kat rumah sana ? " Hahaha ... sensitif betul budak nie .

Ahad, 25 Disember 2011

Garaj...

Sebelum garaj nie wujud , semua tak kisah nak parkir kereta . Mana pun boleh asalkan tak mendatangkan masalah . Bila ada cadangan nak dirikan garaj , semua masih tak kisah kereta mana yg akan berteduh di situ .
*
*
Bila dah siap dan dikenakan bayaran , ada yg menarik diri . Bila dah bertahun , yg menarik diri mula merungut supaya dibuat giliran . Maklum jer lah , garaj tidak mencukupi .
*
*
RM50 dah ditetapkan sebagai bayaran bulanan . Semua setuju ! Bila bab nak kutip bayaran , ada gak yg berkira dan kedekut ! Ada juga yg beri RM5 , kononnye selalu takder ... Bila dicadangkan tempat tu diberi pada yg sanggup bayar , tak nak lah plk , banyak songehnye ....

Sabtu, 24 Disember 2011

Rumah dia dan rumah aku .

Petang tadi gi ke umah Puan Salina . Gi dgn Kak Siti .Dia buat Majlis Tahlil dan Doa Selamat sempena naik umah baru . Wow ! hebat !!! besar umahnya . Biasalah umah toke besar .
*
*
Perabut pun tentu yg mewah2 dan harga ratusan ribu . Sesuai dn harga umah nya . Aku pun baru beli perabut tapi bukan perabut baru . Perabut terpakai . Itu jer yg aku mampu . Sesuai dgn umah aku . Namun begitu , aku tetap bersyukur yg aku mampu beli umah dan ada umah atas nama aku sendiri .

Mati sebelum mati ....

Tiap2 tahun beginilah situasi nyer . Tiap kali mesyuarat nie lah sikapnya .. Nak jadi orang yg tak der tanggungjawab , nak kelas yg tak der peperiksaan .. Kalau boleh datang sekolah nak duk goyang kaki . Siap bagi ugutan pulak , kalau bagi tanggungjawab apa2 , saya tak kan buat ! Jangan salahkan saya !!!!
*
*
Saya dah 21 tahun buat semua nie , bagilah orang lain ...
Begitu plk !!!!
Sebab tu tak bleh duk lama2 kat satu sekolah .
Bila dpt tukar , kebal dan byk kebel !!!!
Bila dicadangkan tukar , byk plk songehnyer !!!
Bila nama naik gi mesyurat , sejuta alasan ...
Ish100x !
CIKGU NIE DAH LAMA MATI !

Jumaat, 23 Disember 2011

Bukan salah masa ....

Bukan semua yg kita rancang akan menjadi atau berjaya seperti yg kita impikan ... Aku sebenarnya merancang cuti akhir tahun nie akan dipenuhkan dgn aktiviti belajar menjahit .. Utk kearah itu , aku dah cari Tok guru utk mengajar , buku2 rujukan pun dah beli ... Tempahan2 kek awal2 aku tolak !
**
**
**
Erm , tak tercapai pun .. Tak cukup masa , banyak komitmen lain . Tu lah alasannya ..... Betul ker masa 1 hari 24 jam tu tak mencukupi ? Atau aku yg tak pandai membahagi masa ...

Khamis, 22 Disember 2011

Aku - 45 tahun ...

Hari nie genap umur aku yg ke 45 tahun ... Makin singkat perjalanan hidupku ..
Entah bila akan sampai ke tempat perhentian !

Selasa, 20 Disember 2011

Cuti dah habis ....

Walaupun cuti persekolahan belum tamat lagi , tapi hari nie bagi kebanyakan sekolah , guru2telah mula hadir ke sekolah . Bermesyuarat bagi membuat persediaan bagi memulakan sesi persekolahan tahun 2012 .

Rabu, 14 Disember 2011

Hilangkan penat dan tambah penat !

Susah betul nak upload gambar musim hujan nie ... Rasa janggal bila bercerita tanpa gambar . Dari sehari ke sehari aku cuba upload gambar , naik berhantu aku !!!! Sakithati ...
^
^
^
Nak bercerita pasal gi Taman Pertanian Shah Alam ( Taman Cahaya ) . Kononya nak hilangkan penat selepas berpenat-penat kat Majlis Pertunangan Wanie ... Rupanya tambah penat , sakit kaki , sakit urat . Hahaha ....
^
^
Selepas memasuki area Taman Cahaya , kena bayar tiket masuk RM3 .. Gi seramai 10 orang dewasa dan 4 kanak kanak ( RM1 ) . Beli gak tiket utk masuk ke Rumah 4 musim . Bayaran sama dgn tiket masuk .
^
^
Bila dah masuk , ikut suka suka jer ... orang lain jalan ikut laluan satu , kami ikut jalan skytrex iaitu laluan basikal dan utk org jogging ... mulalah menapak dlm 6 kilometer utk sampai ke Rumah 4 musim tu . Tertonggek2 mendaki jalan berbukit dan menuruni jalan yg berbukit tu ...
^
^
Seronok mmglah sonok , balik urut betis !!!! Aduss ....
^
^
Kemudianlah upload gambar .

Selasa, 13 Disember 2011

Wanie Tunang ....

Balik kampong kali ke 3 sejak mula cuti sekolah . 20 Nov 2011 , balik sebab gi kursus buat biskut dgn Ita delights . Kali ke 2 sebab ada kursus dgn Chef Asma ... Kali ke 3 nie sebab anak sedara bertunang .
^
^
^
^
^
^
Nur Hazwani bt Mohd Hariff ( adik aku ) .
Tarikh : 11/12/2011

Khamis, 8 Disember 2011

Mohon tukar dan di tukarkan , apa bezanya ?

Gambar nie di ambil semasa Jamuan Persaraan GB di MEGA VIEW , KUANTAN pada 18/11/2011 . Antara kami , Imah dan Rahamah mohon tukar . Aku , Irana dan Azah di tukarkan ....
Bila datang ke sekolah baru , pertanyaan yg pertama ialah minta tukar atau di tukarkan ? Bagi org yg berfikiran negatif , ada bezanya .... Bagi mereka , jika ditukarkan , maka cikgu tu bermasalah ...
Bagi aku plk , aku bukan guru bermasalah . Aku ditukarkan atas dasar perkhidmatan .. Lebihan guru di sekolah lama dan lagi pun tempat baru lebih dekat dari sekolah lama . Memudahkan !
Kalau nak dikira cam tu , org yg bertanya tu pun belum tentu sempurna , kan , kan , kan ....
Aku kesian kat Suhana kerana ditukarkan .... Belum apa2 lagi cikgu2 sekolah baru dah bertanya , bermasalah ker ???? Sabar jer lah Suhana . Anggap jer rezeki kat tempat baru lebih baik !

Rabu, 7 Disember 2011

Bersama Ita Delights

Belajar buat biskut dengan Rozita Kader .
Bertarikh 20 Nov 2011

Selasa, 29 November 2011

Bersama Chef Asma ...

Aku lah orang pertama sampai .Kelas kul 10pagi , aku tiba kul 8.15pagi .keluar awal pagi , survey jalan ...kali pertama ke sini , alhamdulillah tak sesat !




Talam Marble

Hasilnya ... ada banyak jenis lagi yg aku belajar .










Jumaat, 25 November 2011

Makan jer lah , banyak cerita pulak ...

Kek Lapis Prune ... Bukan tempahan sapa2 pun , bukan utk promosi . Saja buat nak bawa ke sekolah utk makan dengan kawan-kawan .

Tak pernah plk aku terfikir ada manusia yg akan berfikiran begitu . Pasal kek pun leh jadi isu .

Antara isunya :

1. Mahal kek nie , kalau aku jadi engkaulah , aku buat makan sorang , tak berbaloi ...

2. Aku tak beli kek mahal2 cam nie ... Baik aku buat sendiri , membazir beli . Kalau tetamu datang , aku tak kan hidang kek nie .

3. Pukul berapa kau bangun buat kek nie , kalau aku tak lah bangun kul 2 @ 3 pagi nak buat kek . Suami aku marah , jangan nak rajin sangat !


Ish3x .... kesiannya aku ! Tapi aku tak nak berfikiran begitu . Orang cam mana yang berfikiran begitu ?????






Selasa, 22 November 2011

Kat mana nie ...






Alhamdulillah , dah lama berkeinginan utk datang ke sini . Padahal , setiap kali balik kampung aku akan melalui jalan ini .


Bila memasuki kawasan ini , Kamal bertanya ," Apa yang ada kat sini ?" Jawapan aku , " Ibu pun tak tau , jom lah kita tengok ."


Bayaran masuk utk dewasa RM12 , kanak-kanak 4 tahun -12 tahun RM8 . Sikembar pun kena bayar gak . Bayaran masuk utk ke Taman Binatang RM3 seorang .

Tak semua tempat kami lawat , hanya singgah sebentar jer sekadar ingin mengetahui .

Lagi pun tak rancang nak ke sini , terjah jer ..

Hanya 2 jam aje di sini memandangkan awan dah gelap ...


Harus segera pulang ke Kuantan .









Khamis, 10 November 2011

Rindunya ....

Teringat-ingat ...

terkenang-kenang ...

rindunya ...

Selasa, 1 November 2011

Aku PONTIANAK ????

hahahahaha ....
ketawa guling2 aku ....
cuba tengok muka aku ...
ada gaya ke ???
Waktu turun dari taksi ...
pemandu taksi bertanya pada aku ...
" Ibu nie org PONTIANAK ?
Adusss!!!!!!

Ahad, 30 Oktober 2011

.....

PISANG EPE
OTAK-OTAK

Sabtu, 29 Oktober 2011

Aku dah ke sini ...

Kena beli tiket dulu ...
Nie pas masuk ...
Sorang 100,000 IDR
lebih kurang RM36
Kena pakai gelang tangan ...
Yang pastinya bukan tangan aku ..
Aku , emak n Salman ...

Jumaat, 28 Oktober 2011

Khamis, 27 Oktober 2011

Pete-pete , bukan petai-petai tau ...

Inilah PETE-PETE , angkutan kota ...
bergerak dalam bandar jer .
jauh atau dekat Rp3000 seorang ...
Dalam pete-pete ...
Seronoknya !
Dah sampai pun ....
Ke KAREBOSI , salah sebuah MALL di Makassar ...
Sorry ! Kamal lupa snap gambar .

Rabu, 26 Oktober 2011

Ish , LUCAH !!! Tak der nama lain ker ???

JALANG + KOTE ...
Macam2 bermain difikiran ...
Macammana rupa makanan tu ...
Adakah bentuknya seperti nama ...
Kenapa nama tu ????
Macam nielah rupa sebenar JALANGKOTE ..
Kat Malaysia dinamakan Karipap@samosa
Sebelah tu LUMPIA @ Mini Popia ...
Isi dalam nyer , cuma su'un , telur rebus , lobak , kentang dan daging/ayam ..
*teringat cerita seorang teman yg pernah mencuba makanan
' SUP MERPATI TERBANG DUDUK '
hahahaha....... !!!!!! ??????

Selasa, 25 Oktober 2011

Ke Makassar - 21/10/2011

Flight Ke Makassar dgn AirAsia - AK586
Bertolak 17.30 pm
Tiba 20.45 pm

Rabu, 19 Oktober 2011

Pesanan dari Lyna ..

Sebelum gi Makassar berjumpa anakanda , nie lah barang2 dapur yg dipesannya .. 2 beg . lagi satu beg pakaian . Katanya , susah nak jumpa benda2 cam nie , terutamanya lada kering . Kat sana mmg tak der ... Tak per , berat tak sampai pun 15kg . Aku timbang berat brg2 tu tak sampai 10 kg termasuk berat beg . Jimat bajet utk bulan nie ! Tak per berat pun , ada 2 jejaka tolong heret beg .

Isnin, 10 Oktober 2011

Layanzzz... Salam Perpisahan !

Masih " HIJAU " ....

Maaf yer , bukan nak promosi biskut dan balang biskut tu . Nak bercerita berkaitan dgn Tart Gulung Nenas . Raya ari tu mmg aku amik tempahan biskut raya . Ramai yg order tart tu . Raya pose pun dah abis , nak menunggu raya aji plk ...
Nak jual biskut raya lagi ker ???? Tak lah ... Biasa2 nya raya aji aku amik tmphn kek jer !
Nak di jadikan citer , cabaran dan ujian bt aku yg baru nak berkembang nie .. bkn body aku yg nak kembang yer ! Bisness aku lah ....
Ada customer call , komplen yg membina ttg tart aku lah .... masin ! Setakat nie , cuma dia sorang yg komen tpi bagus lah gak kan ... ( tergamamlah gak ! ) Aku minta maaf byk2 ttg hal tu , so , aku bleh pulangkan duit tapi tart kena pulang jgk lah kan !!!
Betul ker tindakan aku nie ????? ... Maklum lah masih " HIJAU " dlm bidang biz nie !!!!

Rabu, 5 Oktober 2011

Kalau guru yg buat nie , jadi kes polis !!!!






Ishhh !!!!! Masa amik gmbr nie , aku rasa sebak ... kok yer pun nak pukul anak dgn alasan nak mengajar , jgn lah sampai jadi gini ...







Khamis, 29 September 2011

Jom merayau !!!!!

Semalam , gi buat paspot utk Kamal n Salman .


Nak merayau lagi lah nie ...


Seronok lah dorg !


Nak ke Makassar ...


Jenguk Lyna kat sana ..


Bila yer ???


21/10/2011 - 24/10/2011


Masa nie cuti seminggu ...


21/10 -amik cuti saja2 ...


24/10 - cuti Keputeraan Sultan Pahang


25/10 - cuti peristiwa


26/10 - Cuti Deepavali ..




Jom !!!!!


Selasa, 27 September 2011

Mencuci kenangan ...

Bertemu seorang teman lama yg dulunya * teman tapi mesra * di sini . Ketika nie dia bersama2 rakan2 yg lain membawa murid2 tahun 6 seramai 72 org . Selepas 24 tahun ....

Isnin, 8 Ogos 2011

Jauh dia pergi meninggalkan aku ....

Tiap-tiap sorang tolong bawak satu beg ...
posing kenangan dulu ...
masuk utk check in bagasi ...


beratur dulu ... nak kemana yer ????

Tengok tu , periuk nasi pun dia bawak !

Tahap bosan yg amat sangat ...

posing bersama teman2 yg akan ke Makassar .

Buat apa ke sana yer ????

Nie pun dah kebosanan ....

Maklumlah , budak2 !

Nie kes nak hilangkan bosan ....



Sempat lagi tinggalkan pesanan apa yg patut !

Siapa tu yer ????

Dah mula nak berairmata ....

En Shah , salah seorang petugas ...

Nak control Ayu lah tu !!!! Babai ... Jaga diri elok2 ...

Jgn lupa solat ...

Pelukan dari adik tersayang , sebelum si kakak pergi !!!!
sob , sob , sob .....


Lyna mendapat tawaran sambung belajar di Fakultas Kedoktoran , Universitas Hasanuddin , Makassar , Sulawesi Selatan , Indonesia . Di bawah Program Dana Kecemerlangan Perubatan UiTM selama 5 tahun . Kemasukan Ogos 2011 . Seramai 74 orang yang terlibat . Insyaallah , A doctor to be...

5 tahun , lama tu ... tapi zaman sekarang , pejam celik pejam celik , dah abis belajar ! Nampaknya , raya tahun nie tanpa Lyna . Hati ibu mana yg tak sedih ... Dulu Lyna pernah
tanya , " Ibu tak sedih ke kalau Lyna ke sana ?" Spontan jer aku jawab " Ibu ada 4 orang anak lagi ! " Sebenarnya masa dia minta aku berdoa di depan Multazam supaya hajatnya tercapai , aku dah menangis .....

Ah ! Makassar , bukannya jauh ... flight 3 jam jer ! Jika diizinkan dgn kesihatan yang baik , rezeki yg ada , ibu akan ke sana ..... Insyaallah !