Ahad, 31 Mei 2009

sukarnya utk memahami ...

Tak faham atau saja2 buat tak faham ...
kalau betul tak faham , kenapa tak belajar utk memahami ...
Belajarlah jadi insan yg mematuhi arahan & peraturan ...
Sedarlah bahawa perlakuan kita akan menyusahkan orang lain ...
Aku juga yg menjadi mangsa ...

konsert rock ...

Dah seminggu , suara macam itik serati .. aku bercakap tapi suara tak keluar . Guna bahasa isyarat jer .. nasib baik sepanjang minggu lepas , minggu peperiksaan . Taklah byk sangat guna suara . Bila cikgu2 lain tanya mana gi suara , aku jawab " malam tadi buat konsert rock .. "

Khamis, 28 Mei 2009

" pot luck "

Memang dah menjadi kebiasaan , minggu terakhir sebelum cuti penggal , kami akan mengadakan majlis " pot luck " . Masing2 bawa makanan sendiri , tiada paksaan dan makan bersama2 .. Yang tak bawa pun boleh join , no hal ! Elok gak cara gini . Selain mengenyangkan juga mengeratkan silaratulrahim .. Aku suka sangat !

Sejak aku mula posting ke SKN , aku tak pernah mendengar perkataan nie .. Hulu betul aku ! Bila jer berpindah ke SKKP , aku terpinga2 bila seorang guru menyatakan nak adakan majlis nie .. Apa tu ??? Tengok kamus , baru tau ...

Selasa, 26 Mei 2009

hutang dulu yer ...

Terima tag dari Asyiq .
Terima kasih tak terhingga ...
Suka dan seronok tak terkira.....
Nanti dulu yer , hutang ...
Jap gi ada masa saya jawab soalan2 tu ...
Giliran sapa plk lepas nie ...
Jeng , jeng , jeng ......

Isnin, 25 Mei 2009

Makcik , nak kuih ni satu ..


" Ish , kamu nie .. Kamu tak kenal saya ke ? " Teguran aku kepada seorang murid apabila dia memanggil aku dgn panggilan itu .


Kisah Satu

Ketika itu , aku menolong seorg pengusaha kantin sekolah menjual makanan .

" Makcik , makcik .. nak kuih satu ! "

Kisah Dua

Ketika aku berada di KL , bertanya arah kepada seorang gadis remaja .

" Makcik ikut saya , saya pun nak ke sana . "

( Ketika itu aku berumur dalam 30an . Perkataan itu membuat aku terkedu , terdiam dan aku mula berfikir .... )


Kisah Tiga

Program Anak Angkat KIPSAS/JORDAN di kawasan perumahan tempat aku tinggal . Aku mendapat 2 org anak angkat perempuan . Miza dan Mona ..

" Apa khabar , makcik ?"

( Mereka perasan yg aku kurang selesa dgn panggilan itu , jadi mereka panggil aku " kakak " , hahaha... )

So , aku kena terima hakikat bahawa aku dah masuk ke zaman " USIA EMAS " . Kena banyak buat perubahan dari yang negatif ke positif . Kena banyak tambah amalan , persediaan ke alam yg satu lagi ... bila2 masa saja dari sekarang .



Selasa, 19 Mei 2009

Kalau guru ...

Semalam , Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah .
Nie aku , tengah nyanyi lagu tema ' Guru Pembina Negara Bangsa '
Tak hafal lagi lagu tu ...
antara yg aku dapat " terima kasih , murid tersayang !"

Kalau guru menunggu diarah
Semua kerja kena kerah.

Kalau guru kurang mengajar ,
Dapat murid yang kurang ajar.

Kalau guru kurang bersedia,
dalam kelas banyak bercerita

Kalau guru tidak merancang,
Dalam kelas banyak temberang

Kalau guru malas membaca,
Ilmu diajar tak tahu punca

Kalau guru selalu sibuk,
Kelas jadi hiruk pikuk

Kalau guru selalu marah,
Murid keluar tak tentu arah

Kalau guru perangai bengis,
Ramai murid pasti menangis

Kalau guru suka bergurau,
Anak murid semakin melampau

Kalau guru ada kepakaran,
Ilmu diajar memberi kesan

Kalau guru banyak ilmu,
Apa diajar tidak jadi jemu

Kalau guru rajin membaca,
Setiap amalan sangat berharga

Kalau guru beri latihan,
Anak didik dapat mahir

Kalau guru bercakap benar,
Ilmu diajar terus bersinar

Kalau guru sanggup berkorban,
Anak didik berani ke hadapan

Kalau guru berjiwa taqwa,
Anak didik berakhlak mulia.

Jumaat, 15 Mei 2009

Bukan peminat , sokong jer ...

Kelmarin ,tiba2 jer suami ajak tgk perlawanan hoki antara Malaysia vs Jepun . Dia tau aku bukan minat gi tempat2 gini . Dan semalam , antara Malaysia vs Pakistan . Erm ... tapi apa salahnya tolong memeriahkan dan beri sokongan kepada pasukan Malaysia .

Afeeq pun sama nak jadi penyokong ...
berbaloi bawak si kembar , dorg lah paling kuat menjerit ....
baby pun minat nak tgk gak ....
Perlawanan bermula kul 7.30 ptg ...
Pasukan Malaysia kuning .....


Aku bukannya tau undang2 permainan hoki nie ... org lain terjerit2 , marah2 dan komen psl permainan tu , aku dgr jer ! Kalau bola masuk gol , aku tepuk tangan . tu jer yg aku tau ..
Lagi 8 minit permainan tamat , keluar dari stadium . Afeeq dah buat hal . Nak balik , kepanasan dan nak tidur ... Masa tu keputusan Pakistan -3 dan M'sia - 1 . Tapi keputusan akhir , Pakistan menang -4 dan M'sia - 2 ...
Dan 16hb nti , final ... awal2 lagi suami ajak gi tgk gak ..



Khamis, 14 Mei 2009

mari mengaji ...

Pada Selasa dan Rabu yg lepas ( 12 & 13 Mei ) , pihak pentadbiran sekolah telah mengadakan Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan ( LADAP ) selepas sesi persekolahan . Bermula dari 1.45 - 3.45 petang . Kursus ini diisi dgn Program kerohanian iaitu " Belajar Ilmu Tajwid " .
Program ni dikelolakan oleh Guru2 Agama dan JQAF SKKP . Nie bukan bermakna cikgu2 lain tak pandai mengaji atau ' buta al-quran ' . tapi bertujuan untuk mengingat semula ilmu2 tajwid , memperbetulkan bacaan dan memantapkan lagi ilmu yg sediaada .

Hari pertama , diadakan sesi ceramah oleh Al-Fadhil Ustaz NorMohamad Khalim bin Miswan . Ceramah tersebut berkenaan dgn cara menyebut huruf 2 dgn betul dan hukum2 tajwid .

Ustaz NorMohamad Khalim , penceramah kita ....

Bersemangat memberi ilmu .....


Hari kedua , sesi memperdengarkan bacaan ( Tasmid ) . Guru2 dibahagikan mengikut kumpulan dan setiap kumpulan diketuai oleh seorang ustaz/ustazah .

cam ner nak sebut nie ustazah ......

tgk betul2 saya tulis nie Naha , pas nie jgn tanya lagi ...

Surah mana Syafeeq baca nie , tak jumpa pun ...

nak sebut huruf nie , kena senget mulut ......

Ustazah Nor Afidah dgn anak2 muridnya ......

Sebelum program nie diadakan , byk lah cerita2 dibelakang tabir . tapi bila dah selesai , semua yg terlibat menyatakan perasaan gembira , berpuashati dan seronok . Mestilah seronok sbb dari 0% jadi 40% , dari 50% jadi 70% .. yg dah 100% turut berkongsi ilmu . Mereka juga berharap akan diadakan program seperti ini lagi di lain masa .
p/s : aku jer yg dianggap 0 ( pd yg tau cerita 13 sept 2007 - kes mkml komputer . )
ahahaha , aku tetap cool !







Rabu, 13 Mei 2009

tak serik-serik ...


Mungkin ini salah satu sbb kenapa suami aku tak suka balik kampong . asal balik jer kena saman 'speed trap ' . kalau tak kena hala pergi , terkena hala balik .. Pulak tu ditempat yg sama .

Suami aku nie tak serik2 sbb nie bukan 1st time , nth yg ke berapa ntah . Dah tak terkira .. Puas dah aku bg ingatan bila tiap kali nak balik kampong .. Kalau dah rasa byk sgt duit , sedekah jer kat umah anak2 yatim atau kat masjid2 . Dapat gak bekalan utk akhirat !
Nie saman utk bln 12 tahun lepas . 2 bulan lepas ada gak balik kampong , erm ... coming soon lah tu !








Sabtu, 9 Mei 2009

kenapa membazir ...

Tanpa disedari , kita telah banyak membazir atas perkara2 yg kita tak nampak ..

Ilmu pengetahuan - Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

Amalan - Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

Kekayaan - Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.

Hati - Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

Tubuh badan - Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

Cinta - Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

Masa - Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

Akal - Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

Zikir - Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.
Wallahualam

Sedapnya tidor ...



CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.

1) Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.

2) Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.

3) Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.

4) Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.


WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR

1) Awal-awal pagi setelah terbit matahari.

2) Selepas masuk waktu Asar.

3) Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan.


BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI

Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:

1) Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.

2) Merosakkan warna kulit.

3) Melemahkan jantung.

4) Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.

5) Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.

6) Melemahkan kecerdasaan akal.


CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR

1) Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur.

2) Hindarkan dari tidur lewat malam.

3) Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.

4) Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur.

5) Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
6) Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.


PEKARA-PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA
1) Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.

2) Banyak minum air di waktu pagi.

3) Banyak memakan atau meminum yang serba masam


Wallahualam..

Jumaat, 8 Mei 2009

kenapa tidak bersyukur lagi ?


Bersukurlah kepadaNya kita dikurniakan kesihatan yang baik . Gunakanlah kurniaan itu utk melakukan amal ibadat dan berbuat sesuatu yang berfaedah kepada diri sendiri dan masyarakat .

Kerja merupakan satu ibadah dan tanggungjawab. Buatlah dgn sempurna kerana setiap perbuatan itu mendapat ganjaran yg tak ternilai .

Di saat beribu-ribu orang hilang pekerjaan dan amat memerlukan , ada juga insan yg malas . Aku tak cakap orang lain , suku sakat aku gak .

3 tahun yg lepas ' dia ' ponteng kerja dan pergi memancing , balik dari memancing ditimpa kemalangan . patah tulang peha , masuk besi . Duk lah relak dan makan minum ditanggung oleh isteri .

Bila dah sembuh , malas lagi gi kerja , memonteng lagi . 2 minggu lepas , kemalangan lagi . Kali nie lebih teruk dari yg pertama . Patah di tempat yg sama dan tempurung lutut pecah . Aduiii , seksanya ...

Semalam aku berkesempatan gi melawat . Pesan aku pada ' dia ' . " Bersyukurlah , lepas sembuh nie rajin2 lah gi kerja . Allah dah bagi 2 kali peringatan . kalau tak sedar gak lagi , entahlah .. "

Rabu, 6 Mei 2009

masin mulut ibu ...



Kadang kala , bila kita mengeluarkan kata2 , kita langsung tak bermaksud begitu . mungkin sekadar gurauan ataupun nasihat .Lebih2 lagi jika kata2 tersebut keluar dari mulut seorang ibu . Jika perkara tersebut benar2 berlaku kita akan kata " Tu lah , Masin Mulut….. "

Aku menasihati anak sulung aku kerana nak keluar dari sekolah asrama . tak seronok katanya , nak sekolah harian biasa . Sanggup bangun sebelum subuh dan balik lewat petang utk ke sekolah biasa .
Tujuan aku nak dia duk asrama supaya boleh beri tumpuan sepenuhnya pada pelajaran . tapi dia tetap berkeras . Dan aku pun berkata dalam keadaan marah " Hah , baguslah kalau nak duk umah . nanti ibu mengandung lagi , kau jaga adik !" Setahun selepas tu aku mengandungkan sikembar . Dan jarak antara sikembar dan Salman adalah 10 tahun .
Ketika dalam pantang , si kakak tu lah yg melayan sikembar ... happynya dia dapat adik kembar !














Selasa, 5 Mei 2009

bukan jaga seluar dalam orang tapi ...

" kakak , seluar dalam kakak nampaklah !" Kamal menegur seorang gadis yg duduk bersibai di kaki tangga Parkson Ria . Gadis itu memakai seluar jeans yg menampakkan alur ?????

" sibuk plk dia , suka hati lah nak nampak apa pun , sibuk pasal apa ? "
" kenapa Kamal tegur kakak tu ? aku saja bertanya walaupun tau niat dia .
" kakak tu tak perasan , nti dia malu sbb tu Kamal bagitau . "

Ahad, 3 Mei 2009

3 in 1 ...

Bacaan Yassin dan Marhaban
Nur Kaisya Rawiyani Bt Mohd Royril ( kiri ) &
Asma Mardhiah bt Mohd Khairi ( kanan ) mmg dah fitrah org pmpuan . kat mana jer ....

Jumaat cuti sbb 1 Mei merupakan Hari Pekerja . Namun begitu ada juga yg kena gi kerja . Bagi org bisnes , sehari cuti pun dah rugi ribu2 ..... Ada juga yg pandai ambil kesempatan dan peluang sbb rezeki ada di mana2 ....pastu bersambung plk cuti Sabtu dan Ahad . Cuti 3 hari .... tapi ada gak negeri2 yg cuti Jumaat dan Sabtu jer ...
Semalam di rumah mertua diadakan :
1) kenduri doa selamat kerana mertua nak buat gi umrah dalam masa yg terdekat .
2) majlis cukur jambul dan aqiqah anak 2 org adik ipar .
3) majlis jualan brg2 kosmetik . ( tumpang semangkuk jer )