nie bukan histeria yer
Kejadian histeria adalah fenomena yang sering berlaku di sekolah2 yang perlu diambil perhatian oleh pelbagai pihak di samping mengamalkan beberapa kaedah , amalan dan doa tertentu bagi mengatasi gejala terbabit.
Berbagai pandangan telah diberi dari sudut perspektif islam dan sudut Perubatan .
Menurut pengamal perubatan Islam, Fauzi Mustapa, histeria mengikut perspektif Islam adalah merujuk kepada keadaan di mana manusia tidak sedar, dirasuk dan hilang ingatan akibat gangguan emosi yang tidak terkawal dan tekanan perasaan akibat masalah peribadi, rumah tangga dan kepincangan masyarakat . Katanya, ia boleh berlaku apabila seseorang itu tidak sedarkan diri dan syaitan mula menguasai akal fikiran mereka sehingga menyebabkan ada yang meracau, menjerit dan melakukan perkara di luar batasan manusia normal serta hilang ingatan.
Dari sudut perubatan pula :
Histeria adalah penyakit psikiatri yang dikenali sebagai 'somatoform disorder' dan dibagaikan kepada dua jenis iaitu 'conversion disorder' dan 'dissociative hysteria'.
Conversion disorder adalah keadaan yang mana mereka diserang histeria biasanya akan merasai gangguan fizikal seperti merasai badan lumpuh, buta, pekak dan bisu walaupun pada hakikatnya mereka tidak mengalami masalah berkenaan. Kebiasaannya, histeria jenis ini berlaku kerana konflik dan trauma seperti melihat saudara dirogol, kemalangan dan kematian.
Dissociative hysteria pula menyebabkan mereka yang terkena histeria akan meronta-ronta, meracau dan menjerit-jerit. Malah, ia kerap berlaku pada kanak-kanak dan remaja akibat konflik yang tidak dapat dikawal.
Terpulang kepada individu tertentu untuk percaya pada sudut yang mana satu . Bagi aku pula , lebih percaya pada sudut perspektif Islam . Ini kerana fenomena ini telah berlaku kepada anak buah aku sendiri yg belajar di sebuah sekolah berasrama .
" Menurut ceritanya , ketika itu waktu maghrib . Dia telah menegur seorang wanita tua yg ketika itu sama2 mengambil air smbhyg di bilik air hostel. Sedangkan dia tak mengenali wanita tersebut . Dia nie mmg peramah ... Ketika dia melangkah masuk ke surau , kakinya tiba2 berat
selepas itu ... ( nie cerita dr kwn nya plk ) dia menjerit2 , meracau2 dan meronta2 tak sedarkan diri ..... setelah dapat dipulihkan , dia beritahu ada seorg pmpn tua yg hodoh rupanya , berbulu seperti mawas mengajak dia ke satu tempat .... "
Bukan sekali jer , acap kali ... Dia telah di bawa berubat dgn pengamal perubatan islam . Alhamdulillah , tiada gangguan lagi TETAPI menurutnya , setiap kali waktu maghrib , dia ternampak pmpn tua itu di luar pagar asrama , merenung kepadanya .... menyeramkan ! Dan sekarang dia telah bertukar sekolah ..
Bagi menghindari kejadian histeria atau rasuk akibat gangguan makhluk halus berulang , salah satu amalan dan petua yang sebaiknya diamalkan ialah Muawizat.
Muawizat adalah surah-surah yang terdiri daripada surah al-Ikhlas , al-Falaq dan an-Nas yang dibaca setiap hari baik sebelah pagi atau pada sebelah malam , selain hadis sahih Rasulullah s.a.w menyebut ayatul Qursi juga turut dibaca bagi menghindari kejahatan dan gangguan makhluk halus.
salam ASE1,
BalasPadamhisteria ni mmg byk berlakun kat sek2 dan kilang2.
sy pernah melihat org kena histeria...klu tak kuat semangat mmg boleh kena.
alhamdulillah x terpias kat sy.
biasanya...org yg pandai mengubat akan memicit ibu cari kaki simangsa.