Selasa, 30 Jun 2009

pelamin anganku ...

Hidup tanpa angan2 umpama kapal tanpa layar. Angan2 tanpa perancangan umpama kapal dengan layar tetapi tanpa nakhoda. Terumbang-ambing di tengah lautan , hilang arah tujuan .

Salah seorang sahabatku berkata , “ Jika ingin berjaya kita mesti bayangkan dengan jelas dalam fikiran apa yang kita inginkan . Kita perlu bayangkan untuk satu jangka waktu yang panjang . Kita senaraikan apa yang kita hendak capai dalam tempoh lima tahun atau sepuluh tahun yg akan datang .”

Aku juga mempunyai angan2 untuk mencapai impian selepas bersara nti . Aku dah fikirkan dan menyenaraikan langkah2 yg perlu aku ambil utk mencapai impian itu .

Aku memulakan langkah pertama dgn mengikuti kursus. InsyaAllah , itu bkn kursus yg pertama dan terakhir , akan disusuli dgn kursus2 yg lain juga . Walaupun aku mempunyai sedikit kemahiran dlm bidang itu tapi tidak mencukupi . Kursus2 tersebut amat perlu untuk aku memantapkan diri dan juga memberi semangat serta keyakinan diri .

Rumah aku sekarang dah kosong . Tahun 2010 dah abis hutang dgn Perbendaharaan . Sekurang2nya dah ada tempat utk meneruskan langkah yg pertama , tak perlu menyewa . Ada juga hikmah dgn apa yg berlaku ! Aku boleh beli peralatan sedikit demi sedikit dahulu .

Dalam tempoh dua tahun nie , aku akan melengkapkan diri dgn kursus2 . Disamping itu , aku akan menguji kemahiran tersebut secara praktikal . Mulakan secara kecil2an dulu dan seterusnya memperbaiki kelemahan yg ada . Cari pelanggan tetap dulu .... Nampak aje senang , kan !

Yang seronoknya , dah ada org offer nak jadi pekerja aku . Kah , kah , kah ... Sabar dulu yer , kak Siti , Kak Long dan Rossyati .. InsyaAllah , tahun depan mula operasi . Raya tahun nie tak sempat sebab peralatan tak mencukupi .





Isnin, 29 Jun 2009

Dah tak sombong ...

Semangat nak belajar buat kek tgh berkobar2. Ada Kursus Masakan CFN ( CHEF FAIZAL NG )di Hotel Sri Malaysia selama 2 hari . Aku berminat utk mengikuti nya .
Tempat memasak tu kat dgn kawasan kolam mandi , bukan memasak dalam kolam yer .. Semasa pendaftaran . Bayaran sebanyak RM200 setiap 1 pakej . Ada 4 pakej . Pakej A & B pada 27hb ( Sabtu ) dan Pakej C & D pada 28hb ( Ahad ) . Aku pilih pakej D iaitu Kursus membuat kek . Belajar buat 5 jenis kek ...

1. Pandan Layer cake

2. Chocolate Moist cake

3. Semolina Honey cake

4. Strawberry Swiss Roll

5. Pandan Chiffon cake
Antara peserta lain yg sama2 belajar .... Aku yg bertudung biru tu , jgn tak nmpk !
Membuat Coklat Ganache
Strawberry Swiss Roll
Membuat Pandan Layer cake .. Chef bersama Sri Anis
Pandan Layer Cake & Pandan Chiffon Cake

Dalam Kursus tersebut , ada juga di beri teknik tip masakan , motivasi perniagaan & strategi pemasaran .

Tujuan aku belajar nie bukan nak buka bisnes , utk diri sendiri dan keluarga . Tapi kalau nak bisnes secara sambilan pun boleh gak atau sebagai kerjaya selepas bersara nanti .


15 tahun lagi nak pencen ....... !











Sabtu, 27 Jun 2009

aku sombong ...


Selama nie , kalau aku dan anak2 teringin nak makan kek , aku tempah jer kat kawan . Tak pernah mencuba utk buat sendiri . Malas , takut tak menjadi dan aku tak berminat .

Kelmarin , datang mood aku nak belajar buat kek buah ( kukus ) . Emak aku tokeh kek nie . Banyak menerima tempahan tapi tak pernah nak belajar atau ambil ilmu dari dia . Sombong aku nie ...

So , talipon mak tanya cara nak buat .Tgk lah hasilnya bila aku buat sendiri . Rasa tak puas hati , maklum jer lah kalau belajar melalui talipon . Secara teori jer ! Kena ambil kursus buat kek nie .



Khamis, 25 Jun 2009

Kalau dah mmg bukan rezeki ...




" ENCIK RIDZUAN , SILA KE RUMAH AMBIL DUIT SEWA "



Begitulah sms yang suami terima dari penyewa tu .



" Sabar jer lah bang ... jangan buat gini , malu org tengok ! . Aku memujuk suami yg sdg mengasah penumbuk kanan nya . Kemarahannya meluap2 . Mujur baju tak koyak rabak dan berubah jadi " hulk " .

" kalau abang jumpa , mmg pecah muka dia ."


Abang mmg marah dan geram sgt2 . Kes pindah lari waktu malam . Rumah ditinggalkan melopong cam tu jer . Keadaan dalam rumah tu macam tongkang pecah .

Bagi aku , biarlah tak der rezeki pasal duit sewa tu tapi syukur seribu rahmat mereka nak keluar tanpa dipaksa .

InsyaAllah , adalah rezeki lain ...


Selasa, 23 Jun 2009

tak mampu atau kedekut ?

Tiap kali aku datang ke rumah aku , dia lari , dia menyorok ...

Pintu pagar berkunci , tapi aku tau dia ada di dalam ...

Bagi salam tiga kali tak berjawab , aku balik ....

Malam aku datang lagi , hanya nmpk cahaya lampu samar2 ..

tapi aku tau mmg dia ada , jiran2 pun kata begitu ...

kereta , parking nun jauh di sana ... aku tau tu kereta dia !

Mula2 nak , janji macam2 ...

dgn gaya model gelang penuh lengan sampai ke siku ...

leher mcm leher unta sbb rantai2 yg berkilo2 beratnya ...

cuping telinga hampir panjang ditarik oleh anting2 tu ..

tapi sewa rumah aku hampir setengah tahun tak sanggup nak bayar ...






Ahad, 21 Jun 2009

Untuk Semua ...



Diucapkan SELAMAT HARI BAPA ,
kepada semua yg berhasrat nak jadi bapa , bakal bapa dan bapa2 ..
walau pun aku sendiri dah tak der bapa ..

Sabtu, 20 Jun 2009

rezeki aku ...

Mereka cakap , aku nie beruntung bila mengetahui yang aku mempunyai anak kembar sepasang iaitu lelaki dan perempuan . " Eeeee , bestnya ... seronoknya , susah nak dapat kembar berlainan jantina ." Puan doktor yg meyambut kelahiran si kembar pun cakap begitu . Itu kata mereka . Bagi aku , rezeki dari Allah , aku terima dgn penuh kesyukuran ..

Namun begitu , ada juga kedengaran cerita2 mengarut yg mereka selitkan . Lantak lah ...


Kembar tak seiras ..Dilahirkan pada 29/10/2006

Afeeq : Lahir 12.58 a.m , 2.55kg Anees : Lahir 1.04 a.m , 2.85kg
Lembut , pendiam , penyedih , penakut , cengeng , penurut , penyayang , manja , pemurah , pemaaf , boleh berkongsi apa saja milik nya dgn org lain , selalu mengalah .

Aktif ( terlebih gula kot ) , ceria , peramah , berani mencuba , banyak mulut , mesra alam , suka buli Afeeq , suka mengarah , kreatif , penyayang , tidak suka berkongsi , selalu nak menang .

Aku selalu memerhatikan perangai dan perwatakan mereka berdua . Perbezaan mmg amat ketara .

Si abang byk belajar dari si adik . Apa jua kemahiran , si adik dapat dulu . Dua minggu kemudian barulah si abg dpt kemahiran tu .

Tak boleh pisahkan mereka . Ke mana pergi mesti berdua . Bila hilang sorg , yg lagi satu akan tertanya2 dan tak akan ke mana2 selagi yg lgi satu tak mengikut.

Anees byk memainkan peranan sebgi seorg pemimpin dan Afeeq sebagai pengikut yg setia .

Kadang2 dlm gurauan aku dgn kwn2 , aku selalu berkata , mereka nie tertukar . Anees tu lelaki dan Afeeq tu perempuan ...
Anees adalah aku semasa kecil .
Afeeq byk mewarisi sikap dan perangai ayahnya .


Terima Kasih Ya Allah ! Aku bersyukur dgn kurniaan MU !






Khamis, 18 Jun 2009

Mereka geram , aku lagi geram ...

Jiran depan umh dah rjin menanam bunga2an di hlmn rumah dia.
Sejak tu dah tak dgr lagi rungutan kucing berak dpn rumah .
Dah tak der lagi sibuk2 nak buang kucing .
Dah tak dgr jeritan memaki hamun kucing . Sejuk mata memandang , bila halaman rumah penuh dgn
bunga2an yg cantik2 begini . Fikiran yg serabut boleh jadi tenang .
Ramailah yg lalu lalang dpn umah nak menumpang ketenangan .
Abang aku yg selalunya kuar main bola dan jogging petang2 ,
dah rajin lepak depan umh bersama2 geng ... Bunyi bising dgn suara gelak tawa dorg . Aku jadi geram lah plk sbb menganggu ketenteraman aku .Apa puncanya jadi gitu ? Aku pun terjenguk2 melalui tingkap , mencari punca . Upss ! alamak ... yerker ... nak terkeluar biji mata aku , patutlahhhhh ....

Siapalah yg tak geram kalau .........

Rabu, 17 Jun 2009

aku lah hantu itu ..


Heboh psl kehilangan duit kutipan byrn yuran kelas cikgu Asri . Adalah dlm RM1000++ . Puas dia selongkar almari tapi tak jumpa . Dia kata letak atas meja guru dan tinggal begitu saja masa nak kuar rehat . Adalah tgn2yg mengambil nya .

Semua guru kata tak nmpk dan tak ambil , aku pun kata tak nampak . Tanya murid2 pun semua tak mengaku . GB Pian dah risau , Asri pun dah risau . Jenuh nak mengganti semula duit tu . Sebulan gaji tu ...


Yang kelakarnya , GB Pian siap jemput bomoh , dia percaya ' hantu ' yg sorok duit tu .. siap buat air jampi dan bakar kemenyan lagi . Perasap keliling sekolah . Air jampi suruh budak2 minum . Aku dan 3 orang guruyg lain ketawa sakit perut .. sbb bomoh tu cakap " nie hantu pmpn " . mana dia tau jantina hantu tu , kah , kah , kah ...


Sebelum waktu sekolah tamat , terdengar Asri menjerit keriangan " dah jumpa , dah jumpa ... hantu dah pulangkan duit tu ! " Aku ketawa lagi ...


Cerita sebenar : Aku , Nor , Cah dan Rom dah berpakat nak mengenakan si Asri nie . Sbb dia suka sgt letak duit merata . Kami alih duit tu dan letak dlm almari dia . Tu lah , tapi yang pelik nya masa dia selongkar almari tu habis2an , cam ner duit tu tak der ! Misteri ....


Tu cerita lama , skrg Asri dah balik kelantan , Nor balik selangor , Cah balik Kedah , Rom dan aku masih di Kuantan tapi masing2 dah tukar sekolah . GB Pian dah tukar kat SKFAS . Asri dan GB Pian masih tak tau cerita sebenar lagi ..

Isnin, 15 Jun 2009

Bersabarlah anakku



Cuti dah berakhir dan minggu persekolahan bermula . Semalam hantar Lyna balik ke asrama semula . Sayu nya hati ..

Pagi2 kul 7 dah bertolak ke KL , kabus tebal masih lagi menutupi pemandangan. Bertolak awal kerana hajat hati nak singgah rumah mak dulu di Meru . Sampai depan umah mak betul2 kul 10.40 pagi . Alhamdulillah selamat sampai ..

Berbual2 bertanyakan kabar berita , cerita2 ttg adik beradik , sdara mara , sakit pening dan apa saja ..

Cepatnya masa berlalu . Masa utk menghantar Lyna ke asrama dah tiba . Merah matanya . Aku tau dia menangis , sedih dan sebak katanya .

Biasalah anakku .. Bertemu dan berpisah telah menjadi adat ... Bersabarlah anakku , bukannya lama . Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi . Tunai kan tanggungjawabmu sebagai seorang pelajar beriman dan bertakwa yg mengimpikan kecemerlangan di dunia dan di akhirat .

Ibu mendoakan kejayaan buatmu . Apa saja yang kau lakukan , jangan lupa ALLAH .

Rabu, 10 Jun 2009

Aku nak ke sana ...

Aku terlewat ke surau . Ni lah kalau sibuk dgn anak2 . Tapi masih berkesempatan lagi .
Tok guru dah mula kuliah.. Tak sempat bertanya kan nama tok guru pada jemaah yg lain . Masing2 sdg khusyuk mendengar , tunduk dan insaf . Tak nak menganggu . Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak. Tentang syurga, tentang neraka.

Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.

Jika orang beriman , pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir , ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga..

Yang menghairankan , biarpun kaabah tahu itu perintah Allah , namun ia enggan bergerak . Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga.. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak.Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir...

Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.

Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka.

Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku.... Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....

Betapa nikmat dan beruntung nya.... bersyukur sekiranya dapat mengerjakan Haji dan Umrah....

Subhanallah

Allahuakbar

Selasa, 9 Jun 2009

Lega ....

Dah 2 hari nie aku gi sklh walaupun masih cuti lagi . Risau sbb kertas exam tak hbs tanda lagi . Buka sklh , tentu parents nak tau markah . Bawa balik kerja ke rumah pun tak boleh nak buat juga . Ramai nak menolong , terutama si kembar . Rajin sesangatlah ...

Akhirnya , setelah bertungkus lumus selama 2 hari nie , lega .... siaplah bertanda 6 set soalan bagi 2 kelas . Alhamdulillah , cuma tinggal diagnosis dan " key in " markah jer ...

Ahad, 7 Jun 2009

Haiwan itu ..

Allah SWT mengumpamakan orang2 yg kenal al-Quran dan boleh membacanya , tetapi tidak mengenal isi kandungannya dan memahaminya adalah seperti sang himar atau keldai yg asyik memikul kitab2 tebal yg banyak tetapi langsung tidak mengetahui ttg apa yg dipikulnya .

Haiwan ini disebut di dlm al-Quran sebgi bhn iktibar dan dijadikan bahan perumpamaan kepada akhlak atau tabiat buruk .

1. Seburuk-buruk suara

Buruknya suara keldai itu dinyatakan Allah SWT tatkala mengisahkan nasihat Luqmanul Hakim kepada puteranya dalam surah Luqman ayat 19 yg bermaksud " Dan lembutkan lah suara engkau! Sesungguhnya suara yg amat buruk ialah suara himar. "

Luqman berpesan kepada anaknya agar merendahkan suara di dlm pergaulan .

2. Tabiat buruk Keldai

Keldai juga mempunyai tabiat (perlakuan) buruk dalam aktiviti seksnya.Namun yg lebih hodoh lagi teramat hina apabila manusia yg punya akal juga turut melampiaskan nafsun seksnya sebagaimana buruknya aktiviti ' mengawan ' sang keldai . Sabda Nabi SAW : " dan tinggallah manusia2 yg bersikap buruk yg seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar . Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang. " ( Riwayat Muslim )

3. Kepala Keldai

Dalam melaksanakan solat berjemaah , kita harus memahami tatacara , pergerakan dan sah batalnya. Kejahilan mengenai perkara ini bukan sekadar menjadikan solat seseorg tidak sah dan penuh cacat celanya , malah beroleh ancaman yg menakutkan di akhirat kelak. Sesetengah makmum tersangat gopoh dlm pergerakannya sehingga pergerakan dari rukun ke rukun sering mendahului imam . Bagi mereka , ada pesa drp nabi SAW yg diriwayatkan drp Abu Hurairah r.a. , " Tidakkah takut org yg mendahului imam mengangkatkan kepala sebelum imam , bahawa Allah akan mengubah kepalanya menjadi keldai ?" ( Riwayat Muslim )

p/s : ( Majalah ANIS - JUN 2009 )



Sabtu, 6 Jun 2009

Kita hanya merancang ...

Minggu pertama cuti sekolah dah berlalu .. Selain menghadiri kenduri kawin , masa banyak dihabiskan di rumah jer .. jadi surirumah sepenuh masa .. Penat !

Aku ada buat perancangan nak bawa anak2 berjalan2 , tgk2 tempat org . Suami pun amik cuti seminggu tapi semua tak menjadi .. Aku cadang nak gi ke Taman Tamaddun Islam. di Terengganu dan juga ke Kuala Gandah di Lanchang , Pahang ..

Perancangan tak menjadi sebab si kakak sibuk dgn tuisyen , keje sekolah berlambak2 .. nak SPM lah tahun nie . Kamal plk terlibat dgn Kem Rakan Muda di Cherating Bay Resort . Tak kan lah nak tinggal dorg plk kan , mana boleh ...

Tak pe lah , cuti lain kali lah plk ...

Jumaat, 5 Jun 2009

nak kena baling kasut nie !


Semua orang pasti mengalami sakit kepala , sama ada lelaki ataupun wanita , kecil mahupun dewasa. Bagaimanapun kita selalu memandang ringan sakit kepala dan tanpa disedari penyakit ini boleh mendedahkan seseorang kepada kematian.

Migrain , sakit kepala paling kerap dialami seseorang . Antara simptom migrain ialah sakit kepala yang berdenyut-denyut, muntah-muntah dan pitam . Bagaimanapun , migrain tidak mendedahkan seseorang kepada maut kerana keadaan yang dialami masih mampu dirawat dengan sempurna dan boleh dielakkan . Faktor keturunan turut menjadi punca migrain di kalangan individu tetapi penyakit ini boleh dicegah dengan mengelakkan faktor penyebabnya .

Aku juga mengalami migrain . Pada saat aku menghidapinya , aku telan 2 biji panadol dan hanya tidur sepanjang hari . Ahli keluarga telah maklum dgn keadaan ku ini ..

Mula2 aku menghidapi sakit kepala nie , aku telah pergi ke klinik kerajaan . Aku menceritakan ttg sakit kepala aku nie dan aku bertanya utk memastikan sama ada migrain atau bukan " Saya nie kena migrain ker , doktor ? " Jawapan doktor tu betul2 menyakitkan dan membuat aku malu .. Aku rasa nak baling jer doktor tu dgn kasut . Dah lah aku tak larat sbb sakit yg amat sgt . Bukan nya nak periksa tapi cakap cam tu plk . " Awak ingat awak tu Perdana menteri ker nak fikir hal2 negara sampai kena migrain ! " Secara spontan aku menjawab " amboi , nie penyakit orang atasan jer ker ! " dan aku terus keluar ..

Last2 aku ke klinik swasta , puas hati ... biar pun kena keluar duit .




Rabu, 3 Jun 2009

Histeria ..



nie bukan histeria yer


Kejadian histeria adalah fenomena yang sering berlaku di sekolah2 yang perlu diambil perhatian oleh pelbagai pihak di samping mengamalkan beberapa kaedah , amalan dan doa tertentu bagi mengatasi gejala terbabit.


Berbagai pandangan telah diberi dari sudut perspektif islam dan sudut Perubatan .


Menurut pengamal perubatan Islam, Fauzi Mustapa, histeria mengikut perspektif Islam adalah merujuk kepada keadaan di mana manusia tidak sedar, dirasuk dan hilang ingatan akibat gangguan emosi yang tidak terkawal dan tekanan perasaan akibat masalah peribadi, rumah tangga dan kepincangan masyarakat . Katanya, ia boleh berlaku apabila seseorang itu tidak sedarkan diri dan syaitan mula menguasai akal fikiran mereka sehingga menyebabkan ada yang meracau, menjerit dan melakukan perkara di luar batasan manusia normal serta hilang ingatan.


Dari sudut perubatan pula :


Histeria adalah penyakit psikiatri yang dikenali sebagai 'somatoform disorder' dan dibagaikan kepada dua jenis iaitu 'conversion disorder' dan 'dissociative hysteria'.


Conversion disorder adalah keadaan yang mana mereka diserang histeria biasanya akan merasai gangguan fizikal seperti merasai badan lumpuh, buta, pekak dan bisu walaupun pada hakikatnya mereka tidak mengalami masalah berkenaan. Kebiasaannya, histeria jenis ini berlaku kerana konflik dan trauma seperti melihat saudara dirogol, kemalangan dan kematian.


Dissociative hysteria pula menyebabkan mereka yang terkena histeria akan meronta-ronta, meracau dan menjerit-jerit. Malah, ia kerap berlaku pada kanak-kanak dan remaja akibat konflik yang tidak dapat dikawal.


Terpulang kepada individu tertentu untuk percaya pada sudut yang mana satu . Bagi aku pula , lebih percaya pada sudut perspektif Islam . Ini kerana fenomena ini telah berlaku kepada anak buah aku sendiri yg belajar di sebuah sekolah berasrama .


" Menurut ceritanya , ketika itu waktu maghrib . Dia telah menegur seorang wanita tua yg ketika itu sama2 mengambil air smbhyg di bilik air hostel. Sedangkan dia tak mengenali wanita tersebut . Dia nie mmg peramah ... Ketika dia melangkah masuk ke surau , kakinya tiba2 berat

selepas itu ... ( nie cerita dr kwn nya plk ) dia menjerit2 , meracau2 dan meronta2 tak sedarkan diri ..... setelah dapat dipulihkan , dia beritahu ada seorg pmpn tua yg hodoh rupanya , berbulu seperti mawas mengajak dia ke satu tempat .... "


Bukan sekali jer , acap kali ... Dia telah di bawa berubat dgn pengamal perubatan islam . Alhamdulillah , tiada gangguan lagi TETAPI menurutnya , setiap kali waktu maghrib , dia ternampak pmpn tua itu di luar pagar asrama , merenung kepadanya .... menyeramkan ! Dan sekarang dia telah bertukar sekolah ..


Bagi menghindari kejadian histeria atau rasuk akibat gangguan makhluk halus berulang , salah satu amalan dan petua yang sebaiknya diamalkan ialah Muawizat.

Muawizat adalah surah-surah yang terdiri daripada surah al-Ikhlas , al-Falaq dan an-Nas yang dibaca setiap hari baik sebelah pagi atau pada sebelah malam , selain hadis sahih Rasulullah s.a.w menyebut ayatul Qursi juga turut dibaca bagi menghindari kejahatan dan gangguan makhluk halus.

Isnin, 1 Jun 2009

Halal kan ..

air terjun sipiso-piso , medan ( tahun 2007 )

Bila belek2 gambar2 lama ternmpk lah gmbr air terjun ni . Air terjun Sipiso-piso . Masa tu aku mengikuti trip Medan /Danau Toba / Pulau Samosir/Brastagi selama 4H 3M . Byk lagi gmbr2 kat sana tapi saje nak tnjuk yg nie jer ..

Uniknya air terjun nie ialah air nya mengalir dari dalam tanah , bukan dari atas .. ketinggiannya pula lebih kurang 360kaki . Pemandangan kat sini cukup cantik tapi gmbr x begitu terang sbb ms nie hujan ...

Dan aku juga baru teringat ... ada orang hutang aku beratus ribu sbb tak cukup duit nak bayar cukai kat airport . Tak kisah lah , aku halal kan jer .. Mungkin dia benar2 tak ingat ...


mengerjakan umrah ...


Petang semalam , aku dan yg lain2 menghantar ibu mertua
ke LTSAS utk menunaikan umrah .
Haji dah buat tahun 1999 .