Selasa, 30 Jun 2009

pelamin anganku ...

Hidup tanpa angan2 umpama kapal tanpa layar. Angan2 tanpa perancangan umpama kapal dengan layar tetapi tanpa nakhoda. Terumbang-ambing di tengah lautan , hilang arah tujuan .

Salah seorang sahabatku berkata , “ Jika ingin berjaya kita mesti bayangkan dengan jelas dalam fikiran apa yang kita inginkan . Kita perlu bayangkan untuk satu jangka waktu yang panjang . Kita senaraikan apa yang kita hendak capai dalam tempoh lima tahun atau sepuluh tahun yg akan datang .”

Aku juga mempunyai angan2 untuk mencapai impian selepas bersara nti . Aku dah fikirkan dan menyenaraikan langkah2 yg perlu aku ambil utk mencapai impian itu .

Aku memulakan langkah pertama dgn mengikuti kursus. InsyaAllah , itu bkn kursus yg pertama dan terakhir , akan disusuli dgn kursus2 yg lain juga . Walaupun aku mempunyai sedikit kemahiran dlm bidang itu tapi tidak mencukupi . Kursus2 tersebut amat perlu untuk aku memantapkan diri dan juga memberi semangat serta keyakinan diri .

Rumah aku sekarang dah kosong . Tahun 2010 dah abis hutang dgn Perbendaharaan . Sekurang2nya dah ada tempat utk meneruskan langkah yg pertama , tak perlu menyewa . Ada juga hikmah dgn apa yg berlaku ! Aku boleh beli peralatan sedikit demi sedikit dahulu .

Dalam tempoh dua tahun nie , aku akan melengkapkan diri dgn kursus2 . Disamping itu , aku akan menguji kemahiran tersebut secara praktikal . Mulakan secara kecil2an dulu dan seterusnya memperbaiki kelemahan yg ada . Cari pelanggan tetap dulu .... Nampak aje senang , kan !

Yang seronoknya , dah ada org offer nak jadi pekerja aku . Kah , kah , kah ... Sabar dulu yer , kak Siti , Kak Long dan Rossyati .. InsyaAllah , tahun depan mula operasi . Raya tahun nie tak sempat sebab peralatan tak mencukupi .