Isnin, 15 Jun 2009

Bersabarlah anakku



Cuti dah berakhir dan minggu persekolahan bermula . Semalam hantar Lyna balik ke asrama semula . Sayu nya hati ..

Pagi2 kul 7 dah bertolak ke KL , kabus tebal masih lagi menutupi pemandangan. Bertolak awal kerana hajat hati nak singgah rumah mak dulu di Meru . Sampai depan umah mak betul2 kul 10.40 pagi . Alhamdulillah selamat sampai ..

Berbual2 bertanyakan kabar berita , cerita2 ttg adik beradik , sdara mara , sakit pening dan apa saja ..

Cepatnya masa berlalu . Masa utk menghantar Lyna ke asrama dah tiba . Merah matanya . Aku tau dia menangis , sedih dan sebak katanya .

Biasalah anakku .. Bertemu dan berpisah telah menjadi adat ... Bersabarlah anakku , bukannya lama . Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi . Tunai kan tanggungjawabmu sebagai seorang pelajar beriman dan bertakwa yg mengimpikan kecemerlangan di dunia dan di akhirat .

Ibu mendoakan kejayaan buatmu . Apa saja yang kau lakukan , jangan lupa ALLAH .