Memaparkan catatan dengan label sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sekolah. Papar semua catatan

Jumaat, 2 Mac 2012

Aku tak dengki pun ...

Terperanjat aku bila tiba2 Awang Kipas masuk bilik guru , marah2 dan bertanya , " Siapa cikgu perempuan yg mengata belakang2 pasal Cikgu Md Noor semalam ?" Cuma aku dgn Ustazah Rossyati ada kat situ ...

" Kenapa ???? saya yg bercakap dgn dia semalam tapi saya tak mengata belakang , saya cakap depan2 . Dia minta pendapat pada saya , so saya terus terang pada dia ... kenapa plk dia cakap saya mengata dia .. Dan saya tau , dia mengadu pada Mr Awang Kipas sbb dia sndiri bagitau nak mengadu kat Mr Awang Kipas ..."

Dia tanya pendapat aku ttg diri dia .. Buat padang waktu pagi , tak masuk kelas , pastu sedap2 suh GPK 1 buat relief utk kelas dia . Sume cikgu HOT! Napa nak buat padang waktu kelas , napa tak nak buat waktu petang , baru lah cikgu2 lain nak tolong . Kalau waktu pagi , ada kelas , mana leh tggl bdk2 tak belajar , salah tu ... Pastu , kalau waktu kelas slalu ngelat , tido dlm kelas ... Bila ditegur , kata cikgu2 lain DENGKI ... Ish , tak nak muhasabah diri langsung ! Lantak ko lah Md Noor ...

**** Muhasabah diri utk ke arah kesempurnaan .

Khamis, 23 Februari 2012

percuma mmg lah sedap , bila kena byr semua senyap ...

Berita baik , berita buruk ... Berita buruk tapi kegembiraan bagi orang lain dan berita baik tapi kesedihan bagi orang lain .... Kenapa yer aku cakap gitu !

Kantin sekolah di tutup atas arahan JABATAN KESIHATAN KUANTAN kuatkuasa pada 23/2/2012 sehingga diberitahu kelak . Tu makna nya dah kes teruklah . Semua tindakan dah diambil oleh pihak sekolah tapi buat degil , itulah akibatnya ...

Berita sedih bagi pihak pengusaha kantin tapi gembira bagi kami dan murid2 yg selama nie makan makanan kotor . Dah terpaksa sbb tiada tempat lain nak dituju .. Aku bawa bekal sendiri .

Bila kantin ditutup , Kelab Guru tlh diarahkan utk menyediakan makanan utk peringkat permulaan . Tau tau jerlah bila kantin serta merta ditutup ...

Aku disuruh jual mee hoon goreng ... kerana kata mereka mee hoon aku sedap . Mmg aku selalu bawa mee hoon ke sekolah , saja nak bagi makan2 cikgu ... So , bila aku buat utk jualan , tak habis plk .... kelakar kan ... Apakah mee aku mmg betul2 sedap atau habis sbb makan percuma ???

Sabtu, 18 Februari 2012

Terbaikkkk... !!!!! Boboboooooi !!!

Baca nota ...
Cuba buat ...

praktikkan , hahaha....


Ladap 1/2012 , bertempat di Padang SKKP . Di bawah pentadbiran KOKO . Mr Deave lah tu ..

Menjemput JU Bhgn Unit Uniform Peringkat Negeri . Di ketuai oleh En Nazri dan dibantu oleh 2 lagi rakan mereka . Aku tak ingat nama ...


Mereka nie melatih dan memberi tunjuk ajar cara yg betul ttg kawat kaki , membaca kompas dan berbagai2 jenis ikatan ... Bukannya kami nie tak tau , tetapi sebagai penambahbaikkan ilmu yg sedia ada , sekaligus mengajar mereka yg mmg benar2 tak tau tapi malu nak mengaku ... Akulah tu !


Nak tau ... selama 23 tahun aku jadi GURU dan 7 tahun aku mengajar di SKKP dah 3 kali aku bertukar unit uniform ...


1 tahun tanpa unit uniform , 2 tahun pengakap , 2 tahun PBSM dan tahun nie TKRS ... Lepas tu , dlm setahun 3 kali perjumpaan jer ... kelakar kan , sila ketawa , hahahaha ... Bila hujan turun setitik jer , terus KOKO waktu petang di BATAL kan ... tak sempat mendalami ilmu dlm unit tertentu , dah kena tukar unit lain ... Aku tak betul atau GPK KO yg tak betul ????


Aku tak pasti samada aku nie jadi rebutan unit lain atau aku mmg tak diperlukan ... SAH ! tahun dpn plk PUTERI ISLAM ....






Sabtu, 11 Februari 2012

Black Magic Women ...

Bersama teman2 sempena majlis Maulidur Rasul 2012 peringkat sekolah . Dari kiri GPK 1 Puan Salina Arbaa , Puan Rossyati bt Sulong , Puan Siti Nor Aizam bt Sh Ahmad , Puan Siti Zanariah bt Malik , Cik Mastura bt Talib dan aku ..

Isnin, 2 Januari 2012

Sampai pencen ...

Ini Anis Adilla Bt Ridzuan .
*
Lusa dah mula persekolahan . Anak2 semua bersekolah . Anis dan Afiq masuk Tadika KEMAS . Ahmed Kamal dah tingkatan 5 . Akan mendudui SPM tahun nie . Salman pula tingkatan 2 .
*
Aku pun kena gi sekolah gak , mengajar tahun 1M dan 1B . Rasa2 nya sampai pencen akan mengajar tahun 1 . Ramai yg ditawarkan tahun 1 tapi menolak . Alasannya , tak biasa dgn budak2 kecik , cerewet , banyak kerja , budak2 kecil tak dengar arahan , susah nak kawal . Gitu ker ???
*
Ada pulak tu , memilih kelas . Nak mengajar kelas murid yg pandai2 jer . Ada gak nak mengajar kelas yg ada anak dia . Nak mengajar anak sendiri . Apa pandangan cikgu2 nie pada cikgu lain yang tiada pilihan dan terpaksa mengajar kelas murid2 kurang cerdik .
*
Aku , Imah n Irana dah bertahun mengajar tahun 1 . Permintaan utk kelas tahun lain ditolak kerana tiada cikgu yg sanggup ajar tahun 1 . Yang kelakar nya , semua subjek dia ajar , kecuali agama dan BI . Hebat Irana dan Imah . Tabiklah !!!!

Rabu, 7 Januari 2009

Lebih guru ...

Awal pagi aku dah bgn ...
selepas solat subuh , aku bersiap2 apa yg patut ke tmpt keje ..
walaupun tempat keje dekat ..
perjlnan 10 minit jer ..
tapi aku akan pastikan akan sampai awal ...
kul 6.55 a.m aku akan kuar dr umh dan smpi dlm kul 7.05 a.m ..
namun begitu , dah ada cikgu lain yg sampai dulu ..
aku merupakan orang yg ke 4 ...
sampai jer sklh , aku dah dgr isu2 semasa kat sklh ..
napa jadi gitu ...
lebihan guru , ada yg kena kuar ...
nama aku dan beberapa org guru yang lain
naik untuk di tukar kan ...
baru 3 tahun kat sklh nie ..
x kisah lah ...
" Saya Yang Menurut Perintah "









Selasa, 6 Januari 2009

Hari Pertama Sekolah ..

Mohd Syahmi , sedih dan menangis ...
ibu dah balik , tak tunggu ...
Cikgu Aidil dgn penuh kasih sayang memujuk ...
tolong lap hingus lagi ....
gini lah kerenah , murid2 tahun1 awal2 tahun ..
perasaan takut masih menghantui mereka ..
tapi bukan semua , hanya sebilangan ajer ..
yang buang air besar dalam kelas pun ada ..
sabar aje lah dalam menghadapinya ...
tapi tunggu lah ...
nie dalam dua minggu jer ..
pas tu tunjuk belang ...