Memaparkan catatan dengan label motivasi diri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label motivasi diri. Papar semua catatan

Khamis, 22 Mac 2012

3 Peringkat kehidupan ....

3 peringkat kehidupan :

1. Masa remaja - ada masa , ada tenaga tapi tiada duit .

2. Masa bekerja - ada duit , ada tenaga tapi tiada masa .

3. Masa tua - ada duit , ada masa tapi tiada tenaga .


Ingatlah ,

5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA .

Jumaat, 2 Mac 2012

Aku tak dengki pun ...

Terperanjat aku bila tiba2 Awang Kipas masuk bilik guru , marah2 dan bertanya , " Siapa cikgu perempuan yg mengata belakang2 pasal Cikgu Md Noor semalam ?" Cuma aku dgn Ustazah Rossyati ada kat situ ...

" Kenapa ???? saya yg bercakap dgn dia semalam tapi saya tak mengata belakang , saya cakap depan2 . Dia minta pendapat pada saya , so saya terus terang pada dia ... kenapa plk dia cakap saya mengata dia .. Dan saya tau , dia mengadu pada Mr Awang Kipas sbb dia sndiri bagitau nak mengadu kat Mr Awang Kipas ..."

Dia tanya pendapat aku ttg diri dia .. Buat padang waktu pagi , tak masuk kelas , pastu sedap2 suh GPK 1 buat relief utk kelas dia . Sume cikgu HOT! Napa nak buat padang waktu kelas , napa tak nak buat waktu petang , baru lah cikgu2 lain nak tolong . Kalau waktu pagi , ada kelas , mana leh tggl bdk2 tak belajar , salah tu ... Pastu , kalau waktu kelas slalu ngelat , tido dlm kelas ... Bila ditegur , kata cikgu2 lain DENGKI ... Ish , tak nak muhasabah diri langsung ! Lantak ko lah Md Noor ...

**** Muhasabah diri utk ke arah kesempurnaan .

Khamis, 23 Februari 2012

percuma mmg lah sedap , bila kena byr semua senyap ...

Berita baik , berita buruk ... Berita buruk tapi kegembiraan bagi orang lain dan berita baik tapi kesedihan bagi orang lain .... Kenapa yer aku cakap gitu !

Kantin sekolah di tutup atas arahan JABATAN KESIHATAN KUANTAN kuatkuasa pada 23/2/2012 sehingga diberitahu kelak . Tu makna nya dah kes teruklah . Semua tindakan dah diambil oleh pihak sekolah tapi buat degil , itulah akibatnya ...

Berita sedih bagi pihak pengusaha kantin tapi gembira bagi kami dan murid2 yg selama nie makan makanan kotor . Dah terpaksa sbb tiada tempat lain nak dituju .. Aku bawa bekal sendiri .

Bila kantin ditutup , Kelab Guru tlh diarahkan utk menyediakan makanan utk peringkat permulaan . Tau tau jerlah bila kantin serta merta ditutup ...

Aku disuruh jual mee hoon goreng ... kerana kata mereka mee hoon aku sedap . Mmg aku selalu bawa mee hoon ke sekolah , saja nak bagi makan2 cikgu ... So , bila aku buat utk jualan , tak habis plk .... kelakar kan ... Apakah mee aku mmg betul2 sedap atau habis sbb makan percuma ???

Selasa, 14 Februari 2012

Dugaan meninggikan martabat ...

Kenapa harus mengeluh bila dugaan dan ujian datang melanda . Tiada siapa pun yg menghendaki ujian2 datang dalam perjalanan hidup kita . Tetapi , adakah kita sedar ... Jika dlm hidup kita tiada satu pun masalah melanda , itu menandakan terdapat garis pemisah antara kita dgn Allah . Itu harus kita RISAU .....
Jika hanya gelak ketawa , senyuman , senang hati dan tiada tangisan dan rintihan , itu tandanya ALLAH membiarkan kita . Mungkin juga tanda bahawa kita tidak di redhai ALLAH ...
Bersyukurlah jika ada ketika tersandung tunggul dan terjatuh , kaki atau tubuh badan luka dan kesakitan , sebutlah Astaghfirullah dan kemudian Alhamduillah .
Senyumlah dlm kesakitan kerana setiap kesakitan yg kita rasai , ALLAH beri pahala dan sebagai penyucian dosa .... Itu tandanya ALLAH masih sayangkan kita dan sedang menaikkan martabat kita di sisi NYA ....

Jumaat, 10 Februari 2012

Otak berkarat , kena cuci ...

Bila org lain mohon sambung belajar , aku nie pun menyibuk mohon... Saja nak test market . Padahal otak dah berkarat . Member2 kat sekolah 80 persen dah ada degree . Ada yg nak buat master lagi ... jeles nie , kena cabar diri sendiri . Suspen , masa nie tak tau opsyen apa yg diberi . Semasa memohon online , aku pilih SAINS , MATH dan BIMBINGAN & KAUNSELING ...


Tapi ini yg ditawarkan , AeU ???? kat mana ... tanya member semua tak tau . U baru kot ! Boleh ker BI nie ... Berat lah ... Tak mampu .. tak per , boleh buat rayuan tukar opsyen dan U .


Alhamdulillah , buat rayuan dan diterima .... Bersemangat nie nak belajar untuk belajar semula . masih belum terlambat lagi kan , kan , kan .... Irana dan Nomani pun dapat opsyen SAINS !!!!