Memaparkan catatan dengan label renungan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label renungan. Papar semua catatan

Selasa, 14 Februari 2012

Dugaan meninggikan martabat ...

Kenapa harus mengeluh bila dugaan dan ujian datang melanda . Tiada siapa pun yg menghendaki ujian2 datang dalam perjalanan hidup kita . Tetapi , adakah kita sedar ... Jika dlm hidup kita tiada satu pun masalah melanda , itu menandakan terdapat garis pemisah antara kita dgn Allah . Itu harus kita RISAU .....
Jika hanya gelak ketawa , senyuman , senang hati dan tiada tangisan dan rintihan , itu tandanya ALLAH membiarkan kita . Mungkin juga tanda bahawa kita tidak di redhai ALLAH ...
Bersyukurlah jika ada ketika tersandung tunggul dan terjatuh , kaki atau tubuh badan luka dan kesakitan , sebutlah Astaghfirullah dan kemudian Alhamduillah .
Senyumlah dlm kesakitan kerana setiap kesakitan yg kita rasai , ALLAH beri pahala dan sebagai penyucian dosa .... Itu tandanya ALLAH masih sayangkan kita dan sedang menaikkan martabat kita di sisi NYA ....

Sabtu, 3 Januari 2009

Jumaat, 2 Januari 2009

Hidup kita cuma 3 hari jer ...

sama-sama kita baca,
hayati dan action, insyaallah!
HIDUP KITA CUMA 3 HARI

1. Semalam : Sudah menjadi sejarah
2. Hari ini : Apa yang sedang kita lakukan
3. Esok : Hari yang belum pasti
Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama.
Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua .
HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
1. Nafas Naik
2. Nafas Turun
Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
adalah pemberian Allah secara percuma
dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya.
Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin nafas itu
yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa
dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT:
1. Kekal di dalam neraka
2. Kekal di dalam syurga
Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan
kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN .
Rukun Iman itu pula ada 6 dan hilang salah satu darinya maka hilanglah ia .
Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT .
Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya
terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT ...
Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
umpama seorang yang mahu menaiki kapalterbang
tetapi tidak mempunyai BOARDING PASS .
Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,
umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem
apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya. ..
lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.
Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
1. Dia mungkin didenda
2. Segala suratnya masuk tong sampah.
Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang
Allah kurniakan kepada kita... .
Sekurang-kurangnya Allah telah beri udara secara percuma
untuk kita berzikir mengingati Allah setiap detik dan ketika,
hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang...
lalu masuk kedalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.
Wallahualam. .
Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan,
insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Ahad, 28 Disember 2008

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1430H

BANYAKKAN CERMIN DIRI SERTA BERISTIGHFAR
PERTINGKATKAN ILMU , AMAL & KEIMANAN
KURANGKAN BERCAKAP DAN MENGKRITIK
BANYAKKAN BEKERJA , BERFIKIR DAN MEMBERI SUMBANGAN
INSYAALLAH AKAN SELAMAT , AMAN & MAKMUR
DI DUNIA DAN AKHIRAT
doa AWAL & AKHIR TAHUN pada pautan berikut :

Sabtu, 27 Disember 2008

Ingatan untuk diriku yg lalai ...

Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad SAWDaripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan.... ...."

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatulmaut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan- kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu
menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Khamis, 9 Oktober 2008

Mana satu kita ?

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata 'Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.' Lalu sambil berkata,'Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini', sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.
Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang ilmu begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.

Selasa, 23 September 2008

duit oh duit ...


tiap2 hujung bulan dapat gaji .. bulan nie ditambah plk dgn bonus .. mewah , boleh lah mencukupkan apa yg kurang .. Alhamdulillah ! Bersyukur lah dgn rezeki yg ada . Duit ibarat air , mengalir begitu deras . nak menunggu dapat duit punya lah lama tapi nak menghabiskan cepat jer . banyak dapat , banyak plk yang habis .. lebih2 lagi tak lama lagi nak hari raya , maka berbelanja sakan lah nampaknya ... Beringatlah , berjimatlah ...