Isnin, 2 Januari 2012

Sampai pencen ...

Ini Anis Adilla Bt Ridzuan .
*
Lusa dah mula persekolahan . Anak2 semua bersekolah . Anis dan Afiq masuk Tadika KEMAS . Ahmed Kamal dah tingkatan 5 . Akan mendudui SPM tahun nie . Salman pula tingkatan 2 .
*
Aku pun kena gi sekolah gak , mengajar tahun 1M dan 1B . Rasa2 nya sampai pencen akan mengajar tahun 1 . Ramai yg ditawarkan tahun 1 tapi menolak . Alasannya , tak biasa dgn budak2 kecik , cerewet , banyak kerja , budak2 kecil tak dengar arahan , susah nak kawal . Gitu ker ???
*
Ada pulak tu , memilih kelas . Nak mengajar kelas murid yg pandai2 jer . Ada gak nak mengajar kelas yg ada anak dia . Nak mengajar anak sendiri . Apa pandangan cikgu2 nie pada cikgu lain yang tiada pilihan dan terpaksa mengajar kelas murid2 kurang cerdik .
*
Aku , Imah n Irana dah bertahun mengajar tahun 1 . Permintaan utk kelas tahun lain ditolak kerana tiada cikgu yg sanggup ajar tahun 1 . Yang kelakar nya , semua subjek dia ajar , kecuali agama dan BI . Hebat Irana dan Imah . Tabiklah !!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan