Menurut Imam Nawawi dan al-Hafiz Ibnu Hajar ,
perbuatan ini dianjurkan berdasarkan hadis riwayat Muslim :
"Rasulullah s.a.w bangun tidur kemudian duduk sambil mengusap bekas tidur
dari wajah dgn tangannya."
*
*
*
Berdoa ketika bangun tidur :
"Alhamdulillah . Segala puji bagi Allah yg telah menghidupkan kami
setelah DIA menidurkan kami , dan
kepada Nya kami dibangkitkan."
(Riwayat al-Bukhari)
*
*
Bersiwak.
"Apabila Rasulullah s.a.w. bangun malam ,
Baginda membersihkan mulutnya dengan bersiwak."
(Muttafaq 'alaih)
*
*
Mengeluarkan atau menyemburkan air dr hidung setelah menyedutnya
(tidak terlalu dalam). Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:
"Apabila seorg antara kamu bangun drp tidur ,
maka berbuatlah demikian 3 kali ,
kerana sesungguhnya syaitan bermalam
di hujung (rongga)hidungnya." (Muttafaq 'alaih)
*
*
Mencuci tangan 3 kali .
Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud:
"Apabila salah seorg drp kamu bangun tidur ,
jgnlah memasukkan tangan (keseluruhan)
ke dalam bekas air sebelum mencucinya 3 kali."
(muttafaq 'alaih)
**********
sumber dr majalah GEN-Q m/s 49
Tiada ulasan:
Catat Ulasan