Dah lama aku berhajat untuk ke tempat ni ...
Selama ni baca dalam blog orang lain dan pernah menonton Misteri Nusantara tentang tempat ini .
Kami bertolak waktu malam 3/9/2017 kul 11 malam . Bukan kami yg drive , tak berani kerana jalannya bengkang bengkok , lebih bengkok dari perjalanan ke Cameron Hingland dan curam . Bila berselisih dengan kenderaan yang lain , aduhai .... menakutkan ! Kami pergi berlima .. Lyna ajak kawan dia , Dr Aliff Ahmad menemankan ... tau jer lah , trip waktu malam , supir 2 orang lelaki ..
Perjalanan selama 7 jam pergi dan balik . Sampai di puncak kul 6.30 pagi , sempat solat di sebuah masjid di situ . Tak ingat nama dan tak teringat nak ambil gambar .
Pintu masuk ke perkuburan ...
keranda keranda lama
dalam gua
tengkorak sepasang kekasih yg dikatakan bunuh diri
kerana cinta mereka ditolak oleh orang tua dgn alasan
mereka adalah sepupu .
Dr Aliff Ahmad
semakin tinggi keranda menunjukkan semakin
tinggi darjat orang tersebut
Masa nak masuk ni , tak sedar ada tengkorak
tepi pintu masuk
Nunnnn ...
tingginya keranda tu ...
macam mana mereka naikkan keranda tu ...
tingginya martabat !