Percutian kami kali ini secara spontan . Tahun lepas aku dah datang ke sini dengan tiket FAMILY TOUR .. Satu bas kami datang seramai 43 orang . Bila ramai , pergerakan terhad .Lagi pun percutian tahun lepas , Penang hanya sebagai transit jer sebelum ke Langkawi .
2 hari sebelum cuti Awal Muharram 22/9/2017 , tiba2 jer aku bersuara pada anak aku untuk pergi bercuti . Bermacam2 tempat aku sebut . Cammeron Highland , Genting Highland , Melaka , Port Dickson , Johor dan akhirnya Penang menjadi pilihan . Terus kami buat tempahan hotel untuk 3 hari 2 malam ( 22/9 - 24/9 ) . Banyak yang dah penuh ... Akhirnya , Armenian Street yang ada .Pada mulanya , tempahan untuk 4 orang , Aku , Lyna , Afiq dan Anis . Tapi di saat akhir , Afiq tak jadi pergi kerana ingin mengikuti program motivasi bagi murid2 yg akan menduduki UPKK akan datang .
Sehari sebelum bertolak , aku saja menghubungi adik ipar Rosliza , bercerita untuk ke sana dan sambil mempelawa untuk bersama kerana ada kekosongan . Jadi kami pergi berlima . Aku , Lyna , Anis , Rosliza dan anaknya , Ayong .
22/9/2017 ( Jumaat - cuti Awal Muharram )
Aku bertolak awal dari rumah pukul 5.30 pagi untuk ke Kg Delek , Kelang untuk ke rumah Ros. Tiba di sana pukul 9.30 dan tukar kereta , naik kereta Ros kerena kereta dia besar dan luas . Kereta aku MYvi jer , sempit untu kami berlima dan perjalanan jauh .
Dari rumah Ros lebih kurang pukul 10.30 dan kami tiba di Armenian Hotel lebih kurang pukul 3,00 petang . Kami terus check in dan dapat bilik 314 .
Selepas check in , kami berehat sehingga solat Asar dan kemudian terus kuar ronda2 kawasan .
Penang Trick Art Museum .
Bayaran masuk RM15 untuk dewasa
3D street art
ada banyak lagi gambar di situ ... Ronda2 2 tempat nie pun dah makan hampr maghrib . Ada lagi yg tak pergi seperti UpSide down Museum . masing2 tak nak masuk sebab nak jimat bajet , lagipun lebih kurang jer dengan 3d trick Art Museum .. balik semula ke hotel , keletihan ... tidur awal . Esok nak berjalan lagi .
23/9/2017 ( Sabtu )
Keluar dari hotel , mencari kedai untuk isi perut . Guna map google . Cari tempat makanan sepertiyg kami google ... ROTI CANAI TRANSFER ROAD . Mwnapak lebih kurang 7 minit dari hotel . Tu dia ... ramainya beratur , meja penuh . kena menunggu .. Kami order Roti Canai kari Ayam 2 set
( RM 16 ) Teh Tarik 2 gelas ( RM 4 ) dan Roti Bakar telur Separuh Masak 4 set ( RM 16 )
Lepas makan , kami terus ke Jalan Chowrasta .. Menunggu as HOP ON HOP OFF ..
Kami beli tiket untuk 24 jam ... Ada juga tiket 48 jam dan tiket 1 perjalanan jer . Seronok sangat duduk di bahagian atats bumbung . First time .... Cuaca pun redup jer ..
Kami terus ke Penang Hill
Love Lock
Tiket masuk ke The Habitat Penang Hill Tree Top Walk .
Harga Tiket : RM50 dewasa , RM 30 Kanak kanak .
Tapi aku amik tiket family pakej .
2 dewasa dan 2 kanak kanak RM130
lagi sorang dewasa , kena bayar RM50
semuanya RM180
Kalau tak amik pakej , harga adalah RM210
Giant Swing
Di Curtis Crest Tree Top Walk
Ada juga bahagian2 yg ditutup untuk renovation seperti Canopy walk . Menapak sejauh 1.2 km
makin kurus ler ...
Bila dah habis semua tempat kami jenguk .. . kami tunggu semula bas Hop on Hop off .. sbb dah beli tiket utk 24 jam . Rugi lah kalau naik bas rapid . kali ni kali terus ke Gurney Drive . Mencari tempat makan lagi yg viral dalam internet . Disco Pasembur ojak stall no 9 . hari tu , mamak tu tak berdisco pun ..
Lepas makan terus ke Paza Gurney . Bukannya shopping pun . Tengok2 mall tempat orang . Ayong nak gi watson cari pencuci muka jer .. Pastu tunggu bas .
Bila bas datang terus naik , langsung tak tenguk route bas tu ... Bila bas dah bergerak baru sedar silap bas . Tak per lah , bas BEACH ROUTE ... sepatutnya kami kena naik CITY ROUTE . kami ronda bahagian pantai pulak .. Sampai hotel semula kul 9.00 mlm . Puas dan penat berjalan . 9 to 9 !
24/9/2017 ( Ahad )
Hari akhir kami di penang , kena beli ole2 dulu sebelum balik . Kami masukkan barang dalam kereta dulu . Pukul 9 kami check out tapi tak terus balik lagi . Menapak lagi . Nak beli jeruk di Kedai Jeruk Madu Pak Ali yg famous tu . Gambar lupa nak snap , teruja sangat nampak jeruk2 tu ... habis beratus gak beli jeruk . Kemudian ke Pasar Chowrasta plk , cari baju2 .. dan makan Nasi kandar Line Clear .
Lyna beli buah berangan kesukaan Tok .
Tapi sampai rumah , ayah yg makan .
Lyna dan Ayong .
Kari kepala ikan tu RM48
Bye bye penang
Bertolak dari Penang pukul 11 pagi ..
Sampai kelang kul 3.00 ptg
Sampai Kuantan kul 7.45
Alhamdulillah , selamat sampai ...