Rabu, 20 September 2017

Cuti cuti Makassar

Biar pun dah 3 minggu cuti cuti berlalu , aku nak cerita juga ...
Kejadian berlaku pada 1/9/2017 hingga 8/9/2017 ...

1/9/2017 ( Jumaat )
Ketika semua umat Islam menyambut Aidil Adha   , aku , Lyna Afiq dan Anis pergi ke Makassar ... bercuti a.k.a hari Graduasi Lyna ...

Flight pagi dari KUL pukul 8.15 dan tiba kul 12.30 ke UPG ( Ujung Padang ) .
Setiba di Bandara Hasanudin , kami menaiki kereta yg memang dah tempah menuju ke Tanjung Bira. Kami membeli makanan untuk dibawa ke sana . Kami juga telah siap menempah penginapan melalui online . BIZA.YOUZARD COTTAGE . Begitulah namanya ...

Perjalanan ke Tanjung Bira mengambil masa selama  5 jam sejauh 178 KM .. Kalau di Kuantan , drive sejauh tu hanya mengambil masa 2 jam jer . Kalau drive 50 @ 60KM/J  , malam baru sampai .
Kami memulakan perjalanan pada pukul 2.30 petang dan tiba di rumah penginapan dalam pukul 7.30 malam . Keletihan sepanjang perjalanan .... Tidur awal , tiada aktiviti yg boleh dilakukan ...


dalam flight 


kereta yang kami sewa