Sabtu, 25 Februari 2012

Dah 20 tahun masa berlalu ...



Mereka kat aku beruntung , meraka kata aku bertuah dapat suami yg rajin menguruskan kerja2 rumah ... Alhamdulillah , tapi meraka tak tau cerita sebenar dan aku rasa sedih ...





Dah 20 tahun aku tak menyapu sampah ...


( dia kata aku sapu tak bersih ... )


Dah 20 tahun aku tak basuh kain ...


( dia kata aku malas , tgu kain ktr menimbun baru nak basuh ... )


Dah 20 tahun aku tak pernah beli barang2 dapur bersama ...


( dia kata aku suka beli barang yg bukan2 ... )


Dah 20 tahun aku tak pernah pergi pasar bersama ...


(dia kata aku suka beli ikan dan sayur yg mahal2 ... )


Dah 20 tahun dia tak pernah belikan aku baju ...


(dia kata aku ada duit sendiri , beli sendiri ... )


Dah 20 tahun dia tak pernah panggil nama aku , sekadar oiii jer ...


(dia kata jgn nak mengada2 ... )


Dah 20 tahun aku tak potong ayam dan siang ikan ...


(dia kata cara aku salah .... )
Dah 20 tahun tak pernah makan bersama satu meja ...


( dia kata bising , anak makan tumpah2 nasi , anak2 asyik kena mrh masa makan .. )






Dalam tempoh 20 tahun nie ,





Jika aku sakit , masuk hospital , tanggung sendiri ...


Kalau mintak duit , macam mintak sedekah ...


Nak keluar gi mana2 , mintak temankan , pergilah sendiri ...


kalau aku balik kampung sebulan , sebulan ler dia tak hubungi aku ...


Kalau aku tipon , tak berangkat , pastu tak call semula ...


Kalau ada pesanan dari sesape tak pernah disampaikan ....


Bercakap dg dia , macam bercakap dgn tunggul ...


Aku tak pernah dgr dia mengaji ... tapi dia org yg tidak pernah tinggal solat !


Kalau bercakap dgn aku , mcm aku dah buat 1000 kesilapan ...


Tak pernah minta maaf kalau dah buat kesilapan ...


Buat sesuatu tak pernah nak berbincang ...


Kalau aku lambat , dia tinggal ... rela dia tgk aku jalan kaki ....




Rasa sakit hati dan terluka makin menjadi2 ... bsan yang amat sangat hidup dgn dia . Rasa dah tak sanggup tapi demi a






HARI NIE ULANG TAHUN YG 20 PERKAHWINAN AKU ...



















Khamis, 23 Februari 2012

percuma mmg lah sedap , bila kena byr semua senyap ...

Berita baik , berita buruk ... Berita buruk tapi kegembiraan bagi orang lain dan berita baik tapi kesedihan bagi orang lain .... Kenapa yer aku cakap gitu !

Kantin sekolah di tutup atas arahan JABATAN KESIHATAN KUANTAN kuatkuasa pada 23/2/2012 sehingga diberitahu kelak . Tu makna nya dah kes teruklah . Semua tindakan dah diambil oleh pihak sekolah tapi buat degil , itulah akibatnya ...

Berita sedih bagi pihak pengusaha kantin tapi gembira bagi kami dan murid2 yg selama nie makan makanan kotor . Dah terpaksa sbb tiada tempat lain nak dituju .. Aku bawa bekal sendiri .

Bila kantin ditutup , Kelab Guru tlh diarahkan utk menyediakan makanan utk peringkat permulaan . Tau tau jerlah bila kantin serta merta ditutup ...

Aku disuruh jual mee hoon goreng ... kerana kata mereka mee hoon aku sedap . Mmg aku selalu bawa mee hoon ke sekolah , saja nak bagi makan2 cikgu ... So , bila aku buat utk jualan , tak habis plk .... kelakar kan ... Apakah mee aku mmg betul2 sedap atau habis sbb makan percuma ???

Sabtu, 18 Februari 2012

Terbaikkkk... !!!!! Boboboooooi !!!

Baca nota ...
Cuba buat ...

praktikkan , hahaha....


Ladap 1/2012 , bertempat di Padang SKKP . Di bawah pentadbiran KOKO . Mr Deave lah tu ..

Menjemput JU Bhgn Unit Uniform Peringkat Negeri . Di ketuai oleh En Nazri dan dibantu oleh 2 lagi rakan mereka . Aku tak ingat nama ...


Mereka nie melatih dan memberi tunjuk ajar cara yg betul ttg kawat kaki , membaca kompas dan berbagai2 jenis ikatan ... Bukannya kami nie tak tau , tetapi sebagai penambahbaikkan ilmu yg sedia ada , sekaligus mengajar mereka yg mmg benar2 tak tau tapi malu nak mengaku ... Akulah tu !


Nak tau ... selama 23 tahun aku jadi GURU dan 7 tahun aku mengajar di SKKP dah 3 kali aku bertukar unit uniform ...


1 tahun tanpa unit uniform , 2 tahun pengakap , 2 tahun PBSM dan tahun nie TKRS ... Lepas tu , dlm setahun 3 kali perjumpaan jer ... kelakar kan , sila ketawa , hahahaha ... Bila hujan turun setitik jer , terus KOKO waktu petang di BATAL kan ... tak sempat mendalami ilmu dlm unit tertentu , dah kena tukar unit lain ... Aku tak betul atau GPK KO yg tak betul ????


Aku tak pasti samada aku nie jadi rebutan unit lain atau aku mmg tak diperlukan ... SAH ! tahun dpn plk PUTERI ISLAM ....