Rabu, 5 Ogos 2009

Kecilnya dunia ...

Selama aku menjadi sahabatnya , aku tidak pernah mengenali siapa teman lelakinya . Aku tidak pernah diperkenalkan dgn nya . Apatah lagi untuk mengetahui namanya . Tapi aku tidak pernah pun berkecil hati walaupun perasaan ingin tahu sentiasa di hati ..

Benarlah kata mereka " dunia ni kecil ". Tanpa disangka , tanpa dirancang dan tanpa diduga aku telah ber 'chitchat ' dgn seorg lelaki melalui alam siber tanpa menyedari bhw dia adalah teman lelaki sahabatku .

Dalam masa dia bercerita ttg dirinya , aku seolah2 mengenalinya .. tanya punya tanya , mmg sah lah yg dia nie teman lelaki sahabatku .

Perkenalan yg hanya sebentar itu tlh disalah ertikan oleh sahabatku itu , bila teman lelakinya sendiri bercerita kepadanya .

Pedihnya kata2 itu . Tuduhan dilemparkan tanpa aku diberi peluang utk membela diri . Aku masih waras lagi . Aku sayang suami dan anak2 ku ... Aku sayang keluarga aku .

Aduhai ! Tak kan ku lupa kata2 itu .

7 ulasan:

  1. apa khabar... aku dah rajin balik tengok blog...

    BalasPadam
  2. laaa.. boleh pulak mcm gitu. sembang2, kawan2 secara maya ni biasalah... kot2 kebetulan nak terjumpa dgn org2 yg tak disangka2. main tuduh2 pulak... yg dia tak mo cerita dari awal pasangan dia tu dah satu hal dah... bila timbul salah paham mcm ni nak salahkan org pulak...

    sabar jelah. perkara2 mcm ni barulah blh bagi kita tahu sape sbenarnya sahabat kita tu...

    BalasPadam
  3. ntah... main chat je pun nak jeles..

    BalasPadam
  4. salam...

    kak.... susah betul ye kalau org selalu bertindak melulu ni.... akak cari la jalan explain kat dia agar silaturrahim akak dan dia x terputus mcm tu je..

    tulis surat ke.. hantar email ke.. mcm2 boleh buat kak.. janji ada usaha.. moga dipermudahkan oleh Allah...

    BalasPadam
  5. kawan kak as.. bukan kawan kak naha jugak ke.. err..

    BalasPadam