Jumaat, 28 Ogos 2009

Itulah tabiat kita sampai ke tua ...

Ramai antara kita menyimpan cita-cita , impian , bekerja keras sekarang supaya apabila pencen nanti dpt byk berehat . Kita merasakan apabila kita mencapai umur bersara , kita dapat mengurangkan bebanan dan tanggungjawab.

Bangun pagi , solat subuh , baca al-Quran , baca surat kabar sambil minum kopi , kemudian berehat menunggu petang . Apabila petang , bersandar di kerusi malas sambil makan2 kuih muih sementara menunggu malam . Begitulah rutin seharian sehinggalah dijemput malaikat maut .

Ermmm ... apabila tiba saat sebenar , di hadapan kita menunggu tanggungjawab dan keletihan yg berlipatganda . Kita menjadi cepat sensitif , mahu dikenali , dan berbagai perasaan dan naluri yg sesuai dgn org pencen .
Seorg yg sibuk pada masa muda akn terus sibuk pd usia tuanya . Jika ia sibuk mencari harta , ia tidak akan senang duduk di rumah , bersandar seharian menunggu petang . Cuba kita lihat mak ayah kita yg dah tua , yg dah biasa ke kebun . Apa alasan mereka kalau anak2 suruh berehat saja di rumah .

Apabila sesorg itu , pada usia mudanya sentiasa berbuat kebaikan , menolong org lain , berkhidmat utk saudaranya , maka itulah kerjanya semasa tua. Sebaliknya , pada usia muda dia tidak sibuk , maka pada usia tua pun ia senang berada di atas bangku panjang , minum kopi sampai petang .

Itulah tabiat namanya , bukan nya buang tabiat !!!! Apa yg kita biasa amalkan dan lazimkan sehari2an , maka pada usia tua ia menjadi tabiat yg sukar dibuang . Org yg suka bgn pagi pada usia muda , bersikap demikian walaupun usia dah lanjut mencapai 80 tahun . Org yg suka membebel pada usia muda , demikian juga pada usia tuanya . So , bentuklah tabiat baik sejak usia muda supaya tabiat itu melekat sehingga tua ...








10 ulasan:

  1. Sangat dalam maksud yang tersirat. Tengok budaya emak saya yang tidak pernah tahu duduk diam....menjadikan hidupnya sentiasa penuh beraktiviti walaupun usia dh menjangkau 80n. Tetap sihat masuk keluar kebun kesayangannya. Tak tringin langsung duduk rumah anak2.

    Kita banyak boring sbb tak ada kerja utk dibuat. Bukan tak ada kerja tapi tak tahu nak cari kerja.

    BalasPadam
  2. Kalu aok rajin..g kat blog http://bicarahatisahabat.blogspot.com ada sajak best kat situ tajuk..Stamina aku semakin tua..

    BalasPadam
  3. aku setuju ASE1.. jangan sampai masa tua kita hanya jadi beban.. semoga ALLAH senantiasa berikan kekuatan untuk terus berguna sampai akhir hayat. amin

    BalasPadam
  4. tabiat akukan bulan posa ni... tidoooor je, dr tak advise aku gerak-gerak sangat sebab kdg kdg ada bleeding...

    BalasPadam
  5. ni yg aku geram tabiat suamiku di bulan posa kuat tido.

    dah nak raya ni...bersih2 kanlah rumah.

    BalasPadam
  6. Kuatkan hati kita bergiat
    Qolbu murni usaha kuat
    Pantang tangguh mesti buat
    Singkir alpa bertindak cepat
    Rebut 5 peluang usah lambat
    Bentuk tabiat
    Takut tak sempat
    Bia dah mati kena lipat.

    ;D
    jiwa semangat
    salam sahabat

    BalasPadam
  7. Salam kak as...

    Mohon doakan kak ngah...esok dia mula exam UPSR...

    BalasPadam
  8. kak.. cube tgk nih..
    http://skkp-kuantan.blogspot.com/

    BalasPadam
  9. Salam 10 terakhir Ramadhan cikgu..

    BalasPadam