Sepatutnya cheese cake dan tart belajar pada hari yg berlainan tapi buat sekali harung . 2 in 1 .. Jimat masa dan minyak ..
THE BEAUTY OF LIFE DOES NOT DEPEND ON HOW HAPPY YOU ARE BUT ON HOW HAPPY OTHERS CAN BE BECAUSE OF YOU . TRAVELLING IS NOT SOMETHING TO SHOW BUT SOMETHING TO TELL .
Sabtu, 29 Ogos 2009
masih belajar lagi ...
Sepatutnya cheese cake dan tart belajar pada hari yg berlainan tapi buat sekali harung . 2 in 1 .. Jimat masa dan minyak ..
Jumaat, 28 Ogos 2009
Itulah tabiat kita sampai ke tua ...
Khamis, 20 Ogos 2009
Halalkan jer ...
Pak Cik : Assalammualaikum nak ? Pak cik tumpang bertanya . Kat mana Bank Rakyat yg baru . Pak Cik dah pergi tempat yg biasa , tak tau plk dah berpindah .
Aku : Wa'alaikumussalam , dah lama dah , dari tahun lepas . Skrg kat depan Masjid Kuantan . Tak jauh dari sini .
Pak Cik : Pak Cik dari Muadzam , nak kuar kan duit tapi tak boleh , nak ke sana plk jauh . Kete Pak Cik kehabisan minyak . Kete lama , meter rosak . Kete skrg ada depan terminal bas tu .
Pak Cik nak beli minyak tapi tak leh nak kuar duit plk .
Ketika itu , bermacam2 persoalan bermain di fikiran ...
Aku : Pak Cik nak gi ke bank tu ke ? Pak cik ikut jer jln shortcut kat situ . Tak lah jauh sangat .
Pak Cik : Ish , jauh tu .. Pak Cik tak larat jalan ke sana .
Aku jadi serba salah ..
Aku : Macam nie lah Pak Cik . Kalau Pak Cik betul2 nak kuar duit . Saya boleh tolong hantar . Saya TAWAKKAL nie .. ( yer, lah manalah tau , bila tgh jalan dia hulur pisau nak rompak ker ! )
Pak Cik : Tak payah lah nak . Cuma Pak Cik nak pinjam RM** nak beli minyak . Nanti pak cik gantilah . Kalau tak percaya , pak cik nie kerja kat SMK ****** sebgi jaga kat situ ..
Aku : Tak kan lah saya nak tipon sklh tu nak tyer betul atau tidak . Macam nie lah pak cik , saya halalkan duit tu .. Kalau pak cik tipu pun saya tetap halalkan .
Pak cik tu berlalu begitu saja . Bagi aku biarlah aku ditipu . Biar hilang duit tu . Apalah sangat dgn nilai duit tu dibandingkan dgn keselamatan aku .
Selasa, 18 Ogos 2009
berhias sakan ...
Kelas bermula dari kul 9 pg hingga 6 ptg .. tapi bila tiba masa , tak dpt selesaikan seperti dijanjikan . Kelas tamat hingga ke malam . Tak salahkan cikgu , anak murid lambat sangat terima pelajaran . Namun berbaloi dgn bayaran yg dikenakan . Cikgu bersungguh mengajar dgn memberi tumpuan kepada yg lemah , hehehe .. TQ ZATI ..
Aku belajar membuat hiasan kek dgn teknik Basketweave & novelty . Erm , seronok gak .. patutlah kek dgn hiasan ini mahal harganya , susah .. kena beri tumpuan betul2 . Sampai lenguh2 tgn . Belajar gak buat bunga ros dan seripagi menggunakan buttercream .. banyak tips yg aku dpt dari ZATI ..
Makin bersemangat aku ....
Selasa, 11 Ogos 2009
Sahabat ...
Rabu, 5 Ogos 2009
Kecilnya dunia ...
Benarlah kata mereka " dunia ni kecil ". Tanpa disangka , tanpa dirancang dan tanpa diduga aku telah ber 'chitchat ' dgn seorg lelaki melalui alam siber tanpa menyedari bhw dia adalah teman lelaki sahabatku .
Dalam masa dia bercerita ttg dirinya , aku seolah2 mengenalinya .. tanya punya tanya , mmg sah lah yg dia nie teman lelaki sahabatku .
Perkenalan yg hanya sebentar itu tlh disalah ertikan oleh sahabatku itu , bila teman lelakinya sendiri bercerita kepadanya .
Pedihnya kata2 itu . Tuduhan dilemparkan tanpa aku diberi peluang utk membela diri . Aku masih waras lagi . Aku sayang suami dan anak2 ku ... Aku sayang keluarga aku .
Aduhai ! Tak kan ku lupa kata2 itu .
Selasa, 4 Ogos 2009
Gembirakan hati dia ...
Isnin, 3 Ogos 2009
Mak Dek bertunang ...
Ahad, 2 Ogos 2009
Mereka dan alasan ....
p/s : kesian aku tgk cikgu2 tahun 6 . Bertungkus lumus .. cikgu2 lain patutnya sendiri2 fahamlah . Nama yg dah tersenarai pun liat gak . Apa lagi , yg tak der nama ....