Ya Allah
panjangkanlah umur sahabatku
Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya ,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman.
Tetapkanlah hatinya ,
perluaskanlah rezekinya,
dekatknlah hatinya kepada kebaikan ,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan ,
tunaikanlah hajatnya
baik hajat dalam agama , dunia dan akhirat
Ya Muhaimin
jika dia jatuh hati izinkanlah
dia menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMu
agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu ?
Jagalah hatinya agar tidak berpaling
daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu.
jika dia rindu ,
rindukanlah dia pada seseorang
yang merindui syahid di jalanMu
Ya Allah
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu
jika kau halalkan aku merindui sahabatku ,
janganlah aku melampaui batas
sehingga melupakan daku pada cinta hakiki ,
rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu
Ya Allah...
kurniakanlah sahabatku kesenangan ,
ketenangan , kecemerlangan
hidup di dunia akhirat kelak..
( ditujukan khas buat Kak Long )
nakkk wat private blog..detail tolong baca ntree padlah ekkk..
BalasPadamakukidik@gmail.com
sahabat yg sejati sentiasa memdoakan yg baik2 buat sahabatnya.
BalasPadamAmiiiinnnn...ya rabb!!
BalasPadamKak long exam spm ke tahun ni??? Moga cemerlang!
Sahabat bukan sementara..tapi selama nya..bukan di musuhi tapi di sayangi..bukan di lupai tapi di ingati..bukan setakat ini..tapi hingga ke hujung nyawa..sahabat ingat jika terlupa..sahabat mengubat jika terluka..sahabat nasihat jika terleka..sahabat suka duka sentiasa bersama..sahabat yang baik ingat selama lamanya..
BalasPadam