Rabu, 8 Julai 2009

Aku tak setia ...

Sejak MJ meninggal dunia , aku selalu sakit kepala . Tiap2 hari dia berada diingatan , nama dia menjadi sebutan . Tiap hari2 rasa nak marah . Nak mengamuk pun ada . Padahal aku nie bukan peminat dia . Aku mmg tak minat dia . lagu2 dia pun aku tak tau .. biarlah aku dikatakan kolot , aku tak kisah ...

Dah seminggu nie , gegendang telinga bagai nak pecah . Maghribku selalu tak khusyuk .. BEAT IT ! BEAT IT ... melawan ALLAHUAKBAR , ALLAHUAKBAR ! Sama kuat dgn laungan azan . Sehabis volume ...

Selama nie , tak pernah pun lagu2 MJ berkumandang klu betul lah dia nie peminat setia . Nak suruh suami tegur , bahaya sbb umh dia byk tanam bunga2an , bimbang duk lama kat umh tu.. Bila aku tegur , mntk tolong slow kan volume , dia kata aku busy body ...

Last2 , aku kata aku nie peminat setia MJ ... aku nak pinjam CD tu , sbb dah tak der jual kat kedai !

6 ulasan:

  1. saya sendiri - pun peminat setia MJ - tapi orang sebelah saya ni : macam tak waras bila MJ meninggal.....
    kesian.
    sesekali saya layan BEN...itu aja lagu yg saya minat.
    yang lain : dia komited dan tahu menggunakan potensi diri.
    yang tak baik : tak suka diri sendiri.....

    BalasPadam
  2. kesiannya terpaksa pekakkan telinga....

    minat juga sebahagian lagu dia... lebih berminat nak tau bagaimana dia akan dikebumikan.. cara islam ke idak....

    BalasPadam
  3. Payah btul jiran akak ni....agaknya lubang telinga dia lebih besar dari lubang telinga kita....

    Boleh cakap...tapi biarlah dengan cara yang baik...nak hidup lama lagi dgn dia org tu. Nnti berselisih faham susah pulak...hurmmmmmm.

    BalasPadam
  4. Pandainya kawan aku ni....

    BalasPadam
  5. Salam....

    kita pown minat MJ tapi dengar lagu sorang2 jer..

    BalasPadam