Ramai mengatakan , jika tidak berhutang , kita tidak dapat memperolehi apa yang kita impikan . Malah ada yang merasakan bahawa tidak mungkin seseorang itu akan hidup senang jika tidak berhutang . Hakikat ini telah menjadi satu cara hidup yang biasa .
Ramai telah menggunakan hutang dgn bertujuan utk meningkatkan kedudukan mereka tetapi menanggung padahnya apabila tersilap langkah dan sebaliknya dibebani hutang piutang . Pendek kata , kita hidup hanya untuk melangsaikan hutang .
Apa tidaknya , mula2 kita ambil pinjaman perumahan . Tetapi , oleh sbb pinjaman perumahan memakan masa bertahun2 utk dilangsaikan dan mula menganggapnya sebagai satu kehidupan . Kemudian mengambil pinjaman kenderaan . Kini menanggung 2 hutang . Satu hutang tertanggung dan satu hutang lapuk . Lepas tu , kita akan tambah lagi hutang2 utk tujuan keselesaan , keseronokan , menjadikan hidup lebih bermutu ataupun utk berlagak . Jadi , sedar tidak sedar hidup kita mulai dikelilingi hutang . Apa yang pada mulanya merupakan perkara yang baik , kini menjadi beban yang perlu dipikul .
Bila dah terlalu banyak berhutang , kita akan selalu pokai sebelum cukup bulan dan menghadapi masalah kewangan . Petanda bahawa kita menghadapi masalah kewangan :
1. Elak membayar hutang .
2. Membayar kurang daripada jumlah yang dipersetujui .
3. Membayar hutang daripada jumlah yang paling minima .
4. Menggunakan semua had kredit pada kad kredit .
5. Terpaksa meminjam wang utk melangsaikan hutang lama .
6. Tidak dapat mengendalikan masalah kewangan yg kecil2an.
7. Elak panggilan dari pemiutang .
8. Botak kepala kerana memikirkan cara utk terlepas dari masalah ini .
Jadi , kita harus belajar bagaimana menguruskan wang dengan betul . Kita perlu mencari sebab kenapa wang hanya singgah : ia mengalir masuk dgn perlahan tetapi keluar dgn sekelip mata . Semuanya berakhir dgn kita tinggal dgn tangan kosong kerana terpaksa membayar hutang ...
Pergi kerja pagi-pagi
BalasPadamPulang kerja petang-petang
Bila cukup bulan dapat gaji
Tapi semua habis bayar hutang
Heheheheh :-)