Lepas sklh dlm kul 3 ptg , aku bersiap2 balik ke Meru . Jumaat ada Majlis Ikrar Pelajar kat SESERI , aku kena gi sbb nak bagi semangat kat Lyna .
Dari Kuantan perjalanan Ok , tenang ... bila sampai kat KL , hujan lebat , jem teruk sbb waktu balik keje .. aku tersilap masuk lorong sbb tak nampak papantanda terlindung lori depan kete aku .. no hal , aku terus masuk ke SG BULOH / KUALA SELANGOR , pas tu terus ikut PUNCAK ALAM .
Masa isi minyak kat Petronas MERU , ada lelaki melambai2 aku .. siapa ek ? Dia tu mcm dah kenal lama kat aku smbil memanggil2 nama aku .. nama tu hanya org2 tertentu jer tau !
Bila aku mendekati dia , aku terus ketawa .. Erm , budak yg paling nakal kat sekolah , yg suka mengusik aku .. MOHD ASRI BIN SIDEK .. nak tau kenapa aku cakap dia nie nakal ...
1. dia bakar mercun dan campak kat aku , kain aku terbakar ...
2. dia letak paku payung kat atas kerusi dan aku terduduk ...
3. dia sorok basikal aku dan aku terpaksa balik jalan kaki ...
4. dia baling sarang tebuan kat bawah jambatan bila dia nmpk aku ...
dan byk lagi tapi yg 4 tu lah aku ingat sampai sekarang .... tapi skrg dah tak nakal lagi sbb dah jadi bapak org ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan