Sabtu, 7 Februari 2009

lega ...



Sepatutnya hari nie , saya ikut menghantar bdk2 bolajaring ke SK TUNKU AZIZAH utk pertandingan di sana . Oleh kerana Rohana rela menggantikan , jadi saya ke sekolah , lepak kat Bilik Pemulihan utk menyiapkan BRM saya yg tak siap2 , dah 2 minggu tak berhantar , sibuk dgn EMIS , SMM dan GSMART ... Baru rs lega , cuma SMM dlm proses akhir , Zakiah ambil alih .

Kena buat plk projek BI FIRST STEP ( selected school jer ) , area Kuantan hanya 11 buah sekolah .. Saya tak mula lagi sbb kekangan masa . Pemantauan dari JPN dah bermula , SK PALOH HINAI dah dipantau mggu lepas .. SKKP entah bila .. Risau gak ! Tgh prepare utk mggu dpn ..

Buku2 cerita dibekal oleh KPM . ( Buku2 nie didatangkan khas dari Australia ) 5 kotak setiap sekolah . 1 kotak mengandungi 152 buah buku dan benilai hampir RM 4,000 setiap kotak , seluruh Pahang , 100 buah sekolah terpilih ( nilailah sendiri ) so kalau projek nie tak dijalankan , kan membazir jer .. Kena jalankan gak , walaupun tak termasuk dalam kurikulum . Begitulah kata2 Pengarah PPK semasa kursus kat Temerloh bln Nov tahun lepas .

Sambil menulis BRM , saya layan lagu .. anak2 Zai ikut menyanyi , cepat betul menghafal lagu2 tu .. ada beberapa lagu yg membuatkan mereka ketawa mengilai , saya pun ikut ketawa .. Lagu2 tu .. Axl Spetz GNR , Rockin' Teacher Song , Krisis2 , Takdir Cinta , Axl Impian Lain Warna , Axl Lena , Monolog utk Rina , Axl Satu titik Kosong , Axl Cinta Sepi dan Axl 3 dimensi ( suara Dann sendiri ) yg dihantar melalui emel ... Saya terhibur .

3 ulasan:

  1. Salam.

    Selamat menyiapkan BRM. Tp BRM tu apa? he3x.

    selamat hunjung minggu.

    BalasPadam
  2. erm , wsalam ... ooo , yg tu , BRM tu Buku Rekod Mengajar , mgkn bayukk tak perlu buat ...

    BalasPadam
  3. Uhuhuhu, susah gak jadi cikgu ya...

    BalasPadam