Semasa Mesyuarat Pengumpulan Data & Verifikasi Data Maklumat Asas Pendidikan ( SMMP-EMIS) di PPD tadi , saya duduk bersebelahan seorang kawan yang baru saja habis pantang .. Sambil berbual , saya bertanya ttg anak dan suaminya .. Patutlah segan nak cakap , rupa2nya suami lebih muda .
Sekarang ni , nampak macam satu trend , di mana lelaki muda lebih suka berkahwin dengan wanita berusia . Tak tahulah kenapa ? Nampaknya , bukan sahaja lelaki semakin tua semakin tinggi sahamnya tetapi wanita juga .
Namun begitu , masing2 punya sebab tersendiri mengapa orang2 tertentu menjadi pilihan hati untuk di bawa masuk ke dalam hati mereka . Orang luar boleh berkata apa saja dengan pelbagai teori mereka sendiri tetapi yang tahu hakikat sebenar tentulah si empunya badan .
Apa yang pasti , bukan menjadi kesalahan jika seseorang lelaki mengahwini wanita yang lebih berusia daripadanya , asalkan keduanya bahagia dan gembira melayari bahtera rumahtangga. Jika niat kita ikhlas kerana mencintai seseorang itu bukan kerana nafsu dan mahu mengelak dari dosa atau maksiat yang berluasa maka InsyaAllah perkahwinan itu akan kekal bahagia ..
Apa pendapat anda ?
Ada seorang teman saya mengatakan , perit untuk mengecapi kebahagiaan ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan