Jumaat, 28 Ogos 2009

Itulah tabiat kita sampai ke tua ...

Ramai antara kita menyimpan cita-cita , impian , bekerja keras sekarang supaya apabila pencen nanti dpt byk berehat . Kita merasakan apabila kita mencapai umur bersara , kita dapat mengurangkan bebanan dan tanggungjawab.

Bangun pagi , solat subuh , baca al-Quran , baca surat kabar sambil minum kopi , kemudian berehat menunggu petang . Apabila petang , bersandar di kerusi malas sambil makan2 kuih muih sementara menunggu malam . Begitulah rutin seharian sehinggalah dijemput malaikat maut .

Ermmm ... apabila tiba saat sebenar , di hadapan kita menunggu tanggungjawab dan keletihan yg berlipatganda . Kita menjadi cepat sensitif , mahu dikenali , dan berbagai perasaan dan naluri yg sesuai dgn org pencen .
Seorg yg sibuk pada masa muda akn terus sibuk pd usia tuanya . Jika ia sibuk mencari harta , ia tidak akan senang duduk di rumah , bersandar seharian menunggu petang . Cuba kita lihat mak ayah kita yg dah tua , yg dah biasa ke kebun . Apa alasan mereka kalau anak2 suruh berehat saja di rumah .

Apabila sesorg itu , pada usia mudanya sentiasa berbuat kebaikan , menolong org lain , berkhidmat utk saudaranya , maka itulah kerjanya semasa tua. Sebaliknya , pada usia muda dia tidak sibuk , maka pada usia tua pun ia senang berada di atas bangku panjang , minum kopi sampai petang .

Itulah tabiat namanya , bukan nya buang tabiat !!!! Apa yg kita biasa amalkan dan lazimkan sehari2an , maka pada usia tua ia menjadi tabiat yg sukar dibuang . Org yg suka bgn pagi pada usia muda , bersikap demikian walaupun usia dah lanjut mencapai 80 tahun . Org yg suka membebel pada usia muda , demikian juga pada usia tuanya . So , bentuklah tabiat baik sejak usia muda supaya tabiat itu melekat sehingga tua ...