Khamis, 9 Julai 2009

Aku Hipokrit & Zero ...

Aku Ketua , kau kena ikut arahan !
Aku Ketua , kau kena hormat !
Aku Ketua atau kau ketua ?
Aku tak bermaksud kata anak dia ' BODOH ' , yang aku kata " BODOH-BODOH jer dia kuar dari situ tanpa bagitau apa yg dia dah buat. " Sama ker maksud nya ? Maksud aku tu dia kuar selamba jer atau buat ' don't know ' jer...

Marahnya berapi-api , walaupun aku terangkan maksud aku yg sebenarnya . Dia tetap tak menerima . Seminggu perkara tu jadi sebutan , setiap org yg dia jumpa , dia cerita ttg hal tu . heboh satu sekolah . Napa dia nak marah , sedangkan anak dia tu relak jer !

Aku bertanya pada Kak N , kasar ke kata2 aku kerana kebetulan Kak N ada di situ . Mungkin bagi kamu biasa jer , tapi bagi dia kasar . Ish , alamak ... aku perlu minta maaf .

Belum sempat lagi , aku dah dipanggil mengadap . Aduh ! kes berat ! Tuan Haji nasihatkan aku jgn menjawab , nanti berpanjangan . Dalam apa2 hal , mmg dia nak menang , walaupun dia salah ! Ketua kan ...

Masuk jer bilik tu , dia pun terus hentam aku .. tapi aku minta kebenaran dari dia 2 minit jer , pas tu dia nak hentam aku semula , aku terima ...

" Sebenarnya selepas kejadian tu saya mmg nak minta maaf dari Puan , tapi tak sempat sbb Puan bangun dan pergi begitu jer ! " Suasana sejuk sikit ...

Namun begitu , dia masih tak puas hati dgn perkataan BODOH-BODOH tu .. Dia tanya aku bermacam2 soalan . Soalan semua canggih , world punyer ! Aku jawab satu soalan , dia tambah 3 soalan . Seolah2 nak membuat aku sampai tak terjawab dan mengaku kalah . Akhirnya , setiap soalan dia aku kata tak tau dan tak pernah dengar .. Sebelum kuar dari bilik tu , dia bagi aku sekeping kertas , " Nah , study nie , lain kali jgn suke2 kata org BODOH . Pedih !!!!

Aku minta maaf kat dia . Aku genggam tangan dia erat . Berharap sangat yg dia memaafkan aku . Siapa salah dah tak penting ! Alhamdullilah , dia maafkan ...

Sebelum balik , aku ditegur oleh seorang guru . " Dia tanya apa kat Kak As sebab tadi kat bilik guru , dia kata Kak As nie ZERO , satu soalan pun Kak As tak tau jawab ."

Dan ada suara lain juga mengatakan aku HIPOKRIT !

Terdiam ! Diam itu lebih baik dari berkata2 ...
**** Pengajaran buat diri aku !