Selasa, 20 Oktober 2009

19 orang murid belasah Salman ... ( part 2 )

Pagi2 lagi GB dah call aku , hmmmmmm ... Aku bawa Salman utk x-ray . Alhamdulillah , tak de yg patah atau retak . Tapi doktor tu nasihatkan aku utk buat repot ....

Citer Salman dah tersebar , sapa yg sebarkan ... cepatnya tersebar ! " Effa tau dari mana nie ? Mak Ngah tak cite kat sapa2 pun ! " " Anak cikgu ABCDEF yg cerita , satu sekolah dgn Mak Ngah ." hmmmmmmmmm ....

Adik beradik dan mertua dtg melawat Salman . Yg kat KL pun bertalipon bertanya kabar .. Salman OK jer .. cuma sakit kat bhgn rusuk kiri dan tgn kiri x leh nak angkat ...

Masing2 menasihatkan aku supaya bt repot jer , aku serahkan pada suami aku buat keputusan samada nak buat repot atau tidak . Suami aku bukan CIKGU ....

Esok , perjumpaan dgn PPD dan ibu bapa 19 murid2 yg terlibat utk selesaikan masalah .
Dapat tau salah seorg murid yg membelasah Salman dah dibawa lari ke KL oleh parents .
Uiks !!!!!






Isnin, 19 Oktober 2009

19 orang murid belasah Salman ...

Kalau dulu , aku dgr dan tgk berita ttg budak2 kena buli dan belasah . Fikir ttg bagaimana perasaan ibu bapa yg anak2 mereka kena buli dan dibelasah oleh murid2 yg tak memikirkan risiko dan masa depan mereka . Kali nie aku sendiri yg mengalami perasaan itu apabila diberitahu bahawa Salman dibuli dan dibelasah oleh 19 orang pelajar tahun 6 ...

Sedihnya aku , sakit hatinya aku pada budak2 tu .. seronoknya budak2 tu membelasah anak aku , buat macam bola plk , tolak sana , tolak sini ... pas tu tendang dan sepak plk . Ada aksi tomoi lagi .. tapi yg bagusnya budak2 nie , siap bt rakaman lagi dgn handphone yg dibawa oleh salah sorg budak2 tu .. tapi tak sedar apa yg mereka buat menjerat leher mereka sendiri .. rakaman menjadi bahan bukti ...

Aku tak tgk pun rakaman tu , tak sampai hati nak tgk anak aku kena belasah . Menurut kata beberapa org cikgu yg dah pun melihat video tu , mmglah 19 org yg terlibat dlm rakaman tu tapi bkn semua yg melakukan tendangan dan sepakan tu , hanya 5 0rg jer menyentuh Salman . Yang selebihnya jadi tukang sorak dan penonton .. termasuklah beberapa org pengawas . Ikut kan hati nak jer aku lempang sume bdk2 tu , tapi masih dapat bersabar lagi .. Cikgu Z@@@@@@@ dah tolong lempangkan sebab dia pun dah terlampau geram ...

Ish , kena repot polis ni . Kes mcm nie tak boleh nak selindung . Dah makin melampau budak2 nie . Bukan 1st time , nama dorg dah berderet dlm buku disiplin . Nak senyap lagi ke .. Kalau selama nie org bt senyap jer , aku lah kena memulakan ...

Ada ker GB cakap dgn aku jgn masuk campur , biar cikgu2 tu uruskan .. Anak aku kena belasah , x kan lah aku nak syp .. Aku dah panas nie , Aku geram sgt2 !

Aku gi klinik bawa Salman , doktor suruh buat x-ray , kemungkinan tulang rusuk retak ..

Dapat call dari GB , suruh aku fikir masak2 , bawa berbincang , kot2 boleh selesaikan di luar . kalau aku buat repot , banyak pihak akan terlibat .

Nie nak suruh aku jaga kepentingan dia lah nie .. Nie yg susah kalau anak cikgu yg kena . Kita disuruh fikir masak2 , bawa bertenang , suruh fikir dan fikir dan fikir .. kalau parents lain , sah dah buat laporan polis .. Aci ke macam nie ..

Puan HEM cakap dgn aku , kalau buat repot mmg cikgu2 lain pun susah . " Ok , ginilah ... kalau kena pada anak Puan HEM sendiri , Puan akan berfikir dan bertindak sebagai seorg cikgu atau sebagai seorg penjaga ? " Terdiam ....

Aku pun belum dapat buat keputusan ... hati berbelah bagi , repot atau tidak ! Apakah aku kena memikirkan perasaan org lain sedangkan ....

Banyak panggilan tipon tapi aku biarkan jer , aku tau .... Dia nak memujuk aku !











Jumaat, 9 Oktober 2009

dia lebih memerlukan ...

kesian anak ku .. sebak suaranya memberitahu bahawa duitnya hilang . duit tu disimpan dlm almari tanpa menguncinya . Hilang semasa dia ke bilik air . Seseorg telah mengambilnya , tak tau siapa .. Selama nie , duit tu tak pernah hilang , walaupun almari tidak berkunci .

pengajaran buat Lyna :

1. lain kali kunci almari tu , bkn semua org baik tapi jgn tuduh tanpa bukti ...
2. walaupun sejenis dan rambut sama hitam tapi hati lain2 ...
3. jgn cuai , kena sedar bahawa diri sentiasa dlm perhatian ...
4. mungkin dia terdesak dan lebih memerlukan duit tu ...
5. mungkin ada sesuatu kesalahan yg telah Lyna lakukan , nilai semula ...
6. maafkan kawan tu dan halalkan ...

Nanti ibu ganti semula duit bayaran utk 'Seminar Kecemerlangan ' tu .