PKP bersambung lagi ... dari 14 okt hingga 27 Okt . Sambung lagi dari 27Okt hingga 9 Nov . Walaupun Pahang tidak terlibat tapi mereka , adik beradik kku dan ibu ku di Selangor ... Rindu kat ibu !
Pada 15hb Okt , aku cuba2 bekerja di ECOLINEN SDN BHD . Kerja yg berkaitan jahit menjahit . Kemahiran yg dah lama aku tinggal kan .
KERJA KOSONG SEBAGAI TUKANG JAHIT SEPARA MAHIR (Sepenuh Masa)
Gaji :
1) Semasa latihan: Rm28/hari -selama 7 hari latihan
2) Selepas latihan: Rm40/hari -selepas 7 hari sehingga 3 bulan tempoh probation
3) Jawatan tetap: Rm900/sebulan - tanpa caruman
-selepas 3 bulan, ditawarkan jawatan tetap
@ RM1,100 sebulan , dgn caruman
- selepas 3 bulan ditawarkan kerja tetap
Tugas
1) Menjahit part untuk seluar track. Kesemua Part ini akan di cantum oleh team lain
(SOP ini boleh diubah oleh pihak syarikat pada bila2 masa)
✅Perlu capai target sehari utk part poket
-Target sehari yang ditetapkan berdasarkan tempoh masa yg pekerja capai (tempoh masa ini diambil semasa sesi latihan-jahitan di bengkel)
target sehari beginners utk part poket:
a) PART POKET DEPAN: 45-60 pasang per hari
b) PART POKET BELAKANG: 55-65 pcs per hari
dgn LATIHAN diberi
✅Ada reward untuk staf yang dapat kekalkan target dalam masa 10 bulan terturut2.
✅Bayaran tambahan per part untuk staf yang melebihi target POKET DEPAN > 80psg.
2) Menjahit/sulam lain-lain produk syarikat jika perlu
Yang betul2 berminat boleh datang bengkel kami terangkan lebih lanjut (sesi santai je, nak terangkan apa yg kami nak, apa yang anda boleh sumbang dan dapat)
Waktu kerja:
Isnin - Jumaat: 8.45pg - 5:30 ptg
Sabtu: 9:00pg - 1:00 tghri (jika perlu)
Asrama
Disediakan.
Kami ada 2 bengkel:
Batu 11 (ada asrama) | Kubang Buaya
Iklan ni aku dapat dlm FB . teruja nak berkerja , nak cari side income nak bayar hutang .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan