Betapa rasa seronoknya nak pergi bermusafir ke bumi New Zealand . Selama 16 hari iaitu 17hb Okt 2017 hingga 1hb Nov 2017 . Bertualang seramai 4 orang termasuk aku .
dari kiri : mariam Adlina ( Nana ) , Zainab Wardi ( kak Zek Ayu )
Aina Habib dan aku .
Dari Kuantan aku naik MAS ke KLIA kul 10.35 a.m dan tiba kul 11.15 a.m. Dari KLIA ke KLIA 2 , naik Free Shuttle bus . Semasa nak naik bas tu , beg punya lah berat dan banyak ... nak angkat ke atas bas pun tak larat . Alhamdulillah , aku dibantu oleh sepasang kekasih yg baik hati ...
Flight ke Auckland , kul 11.35 mlm ... tunggu jer lah hingga kepuasan . Ak berehat di surau hinggalah mereka tiba ....
17/10/2017 ( Selasa )
Dari Malaysia transit di Gold Coast selama 45 minit . Tiba di GC kul 9.15 a.m . kemudian dari GC ke Auckland kul 10.35 a.m . Sepatutnya touchdown kul 4.30 p.m tapi disebabkan faktor cuaca , kul 5.15 pm selamat landing .
Alhamdulillah ..... Proses Immigration berjalan lancar . Keluar dari airport , kesejukan .. kul 6 dah gelap ..
Muka2 keletihan dan kelaparan ... dah lah sejuk sangat !
Menunggu van datang utk ke GO RENTSL CAR
Setelah selesai berurusan dgn pihak GO RENTAL CAR , kami terus ke tempat penginapan .
WALDORF ST MARTINS APARTMENTS HOTEL. Lupa langsung nak amik gambar . Kami tiba di hotel kul 8.00 pm . Mandi , masak maggi , buat nescafe ... Tido !