Jumaat, 13 Julai 2018

cincin oh cincin ...


Bukan nak cerita pasal cincin tunang ...

Suatu masa dulu , aku pernah menghadiahkan sebentuk cincin pada ibu mertua ku . Walaupun harganya tak mahal . Masa tu aku dapat rezeki lebih .Untuk mengenangkan jasa dia menjaga Lyna semasa kecil , aku membelikan sebentuk cincin untuknya .

Kini , mertua telah tiada .. cincin telah menjadi harta pusaka . Barang barang kemas arwah akan dijual termasuk cincin tersebut . Aku telah bersuara tentang keinginan utk mendapatkan cincin tersebut dgn cara membayar / membeli dengan harga semasa . Cincin tu aku nak beri kepada Lyna kerana dia yg banyak menghabiskan masa menjaga ibu mertua semasa dia sakit dan juga sebagai kenangan .. 

Entahlah ... senyap jer !