Sabtu, 10 Oktober 2015

Haram , haram , haram .....



Setiap hari , setiap pagi waktu persekolahan , menjadi kebiasaan aku bersarapan di kantin sekolah , bawa bekal dari rumah .... tak sempat bersarapan di rumah , kalau keluar lambat , jalan jem teruk ...

Bersama aku yang biasa bersarapan di kantin , Ustaz Zali , Ustaz Asca , Cikgu Faizal , Cikgu Khairaniwati dan Ustazah Zurina .... kamilah yang setia bersarapan di situ ....

Semalam , semasa aku menuju ke kantin , En Mokhtar , suami Cikgu Nor Aizan telah menegur aku ...

"Cikgu , cikgu ... nak cakap sikit , biarlah cikgu tak suka pun tapi nak cakap juga .... "

" Yer , kenapa ..... "

" Tak boleh cikgu duduk bersarapan bersama mereka , haram ... mana boleh ! Dah lama saya nak tegur cikgu ... "

" Aku tersipu2 malu , dengan tangan penuh dgn bekalan , aku pun duduk semeja dengan cikgu Nor Aizan tapi dia senyap jer , tak menyampuk kata2 suami dia ... "

" Yer ker , bukan saya berdua2an ... kami ramai , lagipun tempat terbuka .... Lagipun kami duduk bukan rapat2 ... berlainan meja "

" Tak boleh , tetap haram , jadi fitnah ... "

Ermmmm , aku dengar jer .... terbantut nak gi sarapan ... terus ke bilik guru ...