Assalammualaikum .....
Hari nie merupakan hari terakhir cuti persekolahan ... Dah lama cuti , rasa malas pulak nak memulakan persekolahan , macam budak budak plk aku nie ...
Aku nie , dah nak abis cuti baru nak bawa anak merasai alam percutian , hehehehe ... Ibu mithalli . Family lain mungkin dah berkali kali bawa anak anak makan angin ...
Bagi memenuhi permintaan si kembar yang dah lama aku abaikan permintaan mereka , hari ni barulah terbuka pintu hati nak bawa mereka mandi kat GAMBANG WATERPARK . Bukannya jauh dari umah aku pun . Tak sampai setengah jam perjalanan ... Sebenarnya aku nie pokai , dapat subsidi dari En Somi selepas berhempas pulas membuat permohonan tentang bajett ... hahahaha , gurau jer !
Keseronokkan tidak terkata .... dapat memenuhi hasrat mereka . rasa puashati ... Kegembiraan tidak terucap . Afiq dan Anis pakai baju kuning ...
Biarlah dalam dompet ibu tinggal beberapa ringgit jer ... asalkan kamu gembira ! Lagi pun memang dah lama aku tak bawa anak anak pergi bercuti . Kalau cuti panjang , bawa balik kampong . Kat kampong pun tak tau nak gi mana . tak der geng minat macam aku ... adik beradik yang lain , sibuk dgn hal tersendiri dan tak der cuti seperti aku ...
Tengoklah , kelaparan lepas berendam selama 3 jam ... Mula datang kul 9.30 pagi , orang yg awal datang dan balik kul 1.00 ptg ... Tu pun lps aku cakap akan datang lagi kalau cuti panjang . In sha allah ...