Sabtu, 26 April 2014

Gatal nyer ...


Assalammualaikum .... 

Nak marah sangat2 kat doktor tu , makan gaji buta ... 14/4 yg lepas aku bawa Anis ke klinik Kesihatan Indera Mahkota kerana kudis kat kepala , tangan dan kaki dia . Dia langsung tak tengok pun ... dia kata kudis biasa jer ... aku bagitau pasal kudis di kepala tu ... dia cakap , tak per nanti saya bagi ubat sapu ... 

Masa ambil ubat kat farmasi plk , adik tu cakap , ubat nie tak sesuai , ni bkn kudis biasa , kudis buta , napa plk doktor bagi ubat nie .... 

Doktor bagi ubat HYDROCORTISONE 1% jer ... 

hampehhh , ubat dah habis tapi kudis makin teruk ... kepala Anis makin  bau busuk , bernanah ... tiap2 pagi aku cuci dengan dettol . Kesian , asyik tengok dia tergaru2 , bila mengaru , makin bertambah kat tempat lain plk ....

Tadi aku ke Klinik Dr Mona , dia kata kudis buta nie , berjangkit , dah melarat , hama dah bertelur ...... yerlah , aku pun dah google pasal kudis buta nie ... So , dapat lah antibiotik , ubat tahan gatal dan ubat sapu A SCABS ..


Kena memulakan operasi , kain baju dia terpaksa diasingkan , basuh dengan air panas . Jemur tilam .... 
Aku rasa dia dapat ni masa balik kampung pada 28/3 ari tu , sbb kt kg dia dah mula dapat bintat merah ... dan berterusan di sini ...

Ya Allah , berilah rezeki kesembuhan untuk anakku  Anis Adila .. Hanya ENGKAU tempat ku meminta pertolongan ...