Rabu, 2 Oktober 2013

Rezeki ada di mana mana ....



Jika tiada rezeki anak , mungkin diberi rezeki mertua yg baik
Maka lebih baik bahagia dari mendapat anak yg liar .

Jika tiada rezeki wang ringgit , mungkin diberi rezeki kesihatan
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia

Jika tiada rezeki kereta mewah , mungkin diberi rezeki kenderaan yg jarang
menimbulkan masalah .
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yg mahal .

Jika tiada rezeki rumah yg besar ,
mungkin diberikan rezeki makanan yg tidak pernah putus
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan

Jika kita rezeki pasangan yg cantik ,
mungkin diberikan  pasangan yg baik dan pandai menguruskan rumahtangga
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala

Jika tiada rezeki jodoh , mungkin diberi rezeki umur ibu bapa yg panjang
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya kepada orang tua .

Jika tiada rezeki hari ini , mungkin ada rezeki yg lebih baik hari esok
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yg tak dijangka .

Bersabar , bersyukur , berusaha , berdoa & bertawakkal
Hanya DIA , Allah Yang Maha Adil .






Tiada ulasan:

Catat Ulasan