Jumaat, 11 Mei 2012

Siapalah dia nak menilai begitu ....

Dari semalam mereka berkampung kat sekolah aku . Pihak NAZIR PERSEKUTUAN datang weiiii ... Semalam yg datang Puan Ernawati dan Puan Zaharah . Hari nie tambah lagi sorang , En Norazman ..





Kalau dah dorang nie datang , apa lagi ... menyelengkar fail2 kat sekolah , menghentam dan mencari kesalahan ... Biar pun mereka kata kedatangan mereka nak membimbing . Pigi dah !!!!!





Puan Zaharah masuk kelas utk observe aku . Masuklah .... ada aku kisah , aku mengajar seperti biasa . Buat apa kau nak pura2 kan , kan , kan .... Dia tengok aku mengajar kelas tahun 1M kul 8.45-9.45 . Padahal waktu tu aku kena masuk 1B ( kelas LINUS ) ... tak nak pulak , suh tukar jadual ... banyak cekadak lah pulak !





Dia komen kaw kaw punya :





" Cara kamu mengajar tak betul . Kelas tak ceria . Budak pasif . Kalau saya ada anak , saya tak akan hantar pada kamu . Walaupun ada aktiviti didik hibur tapi murid takut2 . Selama 5 tahun saya jadi NAZIR , kamu lah cikgu yg paling teruk ! Apa yg kamu ajar . Membazir masa saya selama sejam duk dlm kelas nie ( ada aku suruh ker !) Ada kah kamu rasa objektif pembelajaran kamu tercapai ?





Jawapan aku :





" Selama 20 tahun saya mengajar , saya tak tau pun saya mengajar salah . Selama 20 tahun juga , hanya sekali saya dipantau , itu pun NAZIR datang tgk saya mengajar MATH , bukan BI .. Dan hari nie Puan org yg pertama pantau saya . Saya tak tau , tak der org tegur kesalahan saya .. Ya , objektif saya tercapai .. 22 dari 32 org dapat menyiapkan kerja yg saya beri . dan selebihnya , mereka dapat menyiapkan senahagian kerja , bukannya mereka tak faham tapi mereka jenis slow ..





Puan Zaharah :





" Kamu sedar tak , jika kamu mengajar tak betul , gaji yg kamu tak dapat tak bersih , tak berkat . kamu beri makan anak2 plk ... "





Jawapan aku :





" Puan , setiap hari saya datang sekolah , tak pernah terlintas di hati saya utk menganiaya anak murid saya . Tapi siapalah kita utk menetapkan gaji kita berkat atau tidak .... " Tapi Puan , saya think positif dan muhasabah diri saya . Saya bersyukur dan berterima kasih kepada ALLAH kerana buka pintu hati Puan utk pantau saya . Jika Puan tak hadir hari nie , sampai saya pencen nanti saya tak sedar yg saya nie TERUK dan TAK BETUL mengajar !





Banyak lagi yg dia komen dan kutuk ttg P&P aku , ok lah tu aku terima utk kebaikkan aku tapi idea utk memperbaiki kelemahan aku langsung tak der ... Itu yg aku nak marah gak !





Bukan aku sorang jer yg kena pantau .. Cikgu Aidil , Cikgu Faizal , Cikgu Aliza , Cikgu Ros Azimah dan Cikgu Aiza . Guru2 tahun 1 dan tahun 2 KSSR ... Komen dan kutukan yg sama . Sampaikan cerita pergi haji balasan dapat CASH ! Adusss ....



Dan kesimpulannya : Semua guru SKKP makan GAJI BUTA dan Gaji TAK BERKAT ... samapi gitu sekali yer !!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan