Jumaat, 22 Julai 2011

aduhai upin dan ipin ...

Nak cerita pasal si kembar dalam kelas aku mengajar 1 BARAKAH ( Kelas Linus ) . Kami panggil mereka nie upin ipin sbb sikembar nie sendiri tak tau yg mana Aidil dan yang mana Fitri . Bila cikgu2 tanya , "Siapa Aidil ? " Mereka menggeleng kepala ... Jadi kami yang menetapkan nama mereka Upin dan Ipin .

Hari Isnin Lepas , 18/7/2011 ... ada kesalahan disiplin yg telah mereka lakukan . Walaupun selepas waktu , tapi aku rasa masih menjadi tanggungjawab aku utk menasihati mereka . Bukan kah semua guru adalah GURU DISIPLIN .

" Sakit tak ? " sambil aku cubit mereka . " Sakit tak ? " sambil aku pijak kaki mereka . Bukan niat aku nak mendera atau menyakiti mereka . Aku nak mereka sedar dan rasa " perasaan sakit " tu . Sebagaimana mereka buat pada seekor kucing . Mereka pijak2 kucing tu sampai lembik dan kemudian campak dalam kolam sehingga mati lemas .

Tapi aku masih waras lagi .
TAK LAH SAMPAI AKU CAMPAK MEREKA DALAM KOLAM .

Tapi aku telah ditegur akibat perbuatan aku tu . Kejam ker aku nie ????

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum,

    Mendidik anak-anak kecik memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Semoga mereka mendapat pengajaran dari apa yang mereka buat.

    BalasPadam
  2. Salam, biasalah tu cikgu... yang elok tu mak bapak, yang tak elok tu cikgu!!

    BalasPadam