Disember , musim hujan ...
Disember , banjir di sana sini ...
Disember , musim kenduri kahwin ...
Ermmm .. dah tau musim hujan dan tempat tu tiap2 tahun banjir , nak gak buat kenduri kahwin bulan 12 . Tak boleh ke buat selain bulan 12 ? kan dah terpaksa ditangguhkan . Jalan ke Sg Lembing ditutup kepada kenderaan kerana di naiki air , banjir ....
Bukan apa , aku mendapat 2 jemputan , satu di Sg Lembing dan satu lagi di kwsn perumahan aku . Sg Lembing , mmg dah tak boleh lalu ... Tapi yg satu lagi nie , kena lah gi .. rimaslah nak kuar waktu2 hujan nie , leceh ...
Aku ada dgr org dulu2 kata , Kalau tak nak hujan masa majlis kenduri kahwin , campak pakaian dalam pengantin atas bumbung . Tak taulah ada kebenaran nya atau tidak . Ada sapa2 yg pernah mencuba ? hehehe ..
Aku juga penah dgr , tuan rumah menggunakan khidmat BOMOH utk mengalihkan hujan .. Macam2 hal !
1991 , aku ikut kwn ke Kg Manir , Terengganu menghadiri majlis perkahwinan sepupu dia , musim hujan gak .. kat situ aku melihat dari jauh sesuatu sdg dimasak dlm periuk yg besar . Aku sangka mereka masak lauk utk tetamu . Teringin nak tgk , bila aku mendekati , apa yg aku lihat dalam periuk tu adalah batu2 yg besar . Mereka merebus batu ... Ada ker org yg makan batu , kalau makan jambu batu adalah ... Rupanya itu adalah salah satu petua utk mengelakkan hujan turun . Peliknya , bila majlis selesai , api dipadamkan , tak lama kemudian hujan turun dgn lebat nya ... kebetulan jer kot !
HUJAN , datang nya membawa keresahan danbencana kepada suatu pihak tapi pada pihak yg lain , ia membawa rezeki dan seribu RAHMAT .. Bersyukurlah !
Hujan rahmat untuk pengantin baru.. Sebab tu pilih bulan disember..he he
BalasPadambetul
BalasPadamsetuju tu
hidup blogger pahang
:P
Setuju ama Pengembara silam :D
BalasPadamKliatanya pengalaman ya PAK?? :D
kenduri kahwin bulan 12 ada juga kelebihannya kerana cuti sekolah yg panjang
BalasPadamacam acam la nak tawen hihihihi... yang penting doa .. :)
BalasPadamTak balik kg ke???
BalasPadamCantik la kek yg ko buat, dah makin mahir ya, Tahniah...
Miss u
hujann tewww.. ihiks
BalasPadamcheck email cikgu...
BalasPadam