Ahad, 15 Jun 2014

Ashaari bukan anak aku ...

Assalammualaikum ..... 

Hari nie merupakan hari terakhir cuti persekolahan ... Dah lama cuti , rasa malas pulak nak memulakan persekolahan , macam budak budak plk aku nie ... 

Aku nie , dah nak abis cuti baru nak bawa anak merasai alam percutian , hehehehe ... Ibu mithalli . Family lain mungkin dah berkali kali bawa anak anak makan angin ...

Bagi memenuhi permintaan si kembar yang dah lama aku abaikan permintaan mereka , hari ni barulah terbuka pintu hati nak bawa mereka mandi kat GAMBANG WATERPARK . Bukannya jauh dari umah aku pun . Tak sampai setengah jam perjalanan  ... Sebenarnya aku nie pokai , dapat subsidi dari En Somi selepas berhempas pulas membuat permohonan tentang bajett ... hahahaha , gurau jer ! 



Keseronokkan tidak terkata .... dapat memenuhi hasrat mereka . rasa puashati ... Kegembiraan tidak terucap . Afiq dan Anis pakai baju kuning ...


Biarlah dalam dompet ibu tinggal beberapa ringgit jer ... asalkan kamu gembira ! Lagi pun memang dah lama aku tak bawa anak anak pergi bercuti . Kalau cuti panjang , bawa balik kampong  . Kat kampong pun tak tau nak gi mana . tak der geng minat macam aku ... adik beradik  yang lain , sibuk dgn hal tersendiri dan tak der cuti seperti aku ... 



Tengoklah , kelaparan lepas berendam selama 3 jam ... Mula datang kul 9.30 pagi , orang yg awal datang dan balik kul 1.00 ptg ... Tu pun lps aku cakap akan datang lagi kalau cuti panjang . In sha allah ...