Khamis, 3 April 2014

Nothing dan tak boleh diharap ....

Assalammualaikum .....

Ini Mr Steven James dari cairns , Australia . Dia ni terlibat dgn program Penutur Jati di sekolah aku . Sebenarnya bukan nak cerita pasal dia nie .. Saja sebagai mukaddimah .

Hummmm ... bukan aku mengeluh , tak baik mengeluh kannnn ... Cuma geram kat orang yang sentiasa menganggap dirinya selalu baik .

Dulu dia kata aku " Nothing " , sekarang dia kata aku tak boleh " diharap " . Kenapa dia kata aku begitu ?? Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan ...

Mungkin aku tak sehebat dia melatih murid dalam pertandingan Kokuria BI . Aku dikehendaki melatih murid dalam bahagian Action Song bersama Faizal dan Shahrul . tetapi disebabkan kekangan masa dan tugasan yang menimbun , Kami bercadang untuk tidak mengambil bahagian dalam acara tersebut .

Tapi kami tidak mengabaikan kelas untuk tujuan tersebut . Apa guna  tak masuk kelas semata-mata utk melatih budak ... kalau betul work smart , latih lah waktu selepas habis persekolahan .... Aku tak nampak , bahagian mana yang dikatakan dia ni cemerlang kalau tak sanggup kerja lebih masa dari waktu persekolahan ....