Khamis, 14 Mei 2009

mari mengaji ...

Pada Selasa dan Rabu yg lepas ( 12 & 13 Mei ) , pihak pentadbiran sekolah telah mengadakan Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan ( LADAP ) selepas sesi persekolahan . Bermula dari 1.45 - 3.45 petang . Kursus ini diisi dgn Program kerohanian iaitu " Belajar Ilmu Tajwid " .
Program ni dikelolakan oleh Guru2 Agama dan JQAF SKKP . Nie bukan bermakna cikgu2 lain tak pandai mengaji atau ' buta al-quran ' . tapi bertujuan untuk mengingat semula ilmu2 tajwid , memperbetulkan bacaan dan memantapkan lagi ilmu yg sediaada .

Hari pertama , diadakan sesi ceramah oleh Al-Fadhil Ustaz NorMohamad Khalim bin Miswan . Ceramah tersebut berkenaan dgn cara menyebut huruf 2 dgn betul dan hukum2 tajwid .

Ustaz NorMohamad Khalim , penceramah kita ....

Bersemangat memberi ilmu .....


Hari kedua , sesi memperdengarkan bacaan ( Tasmid ) . Guru2 dibahagikan mengikut kumpulan dan setiap kumpulan diketuai oleh seorang ustaz/ustazah .

cam ner nak sebut nie ustazah ......

tgk betul2 saya tulis nie Naha , pas nie jgn tanya lagi ...

Surah mana Syafeeq baca nie , tak jumpa pun ...

nak sebut huruf nie , kena senget mulut ......

Ustazah Nor Afidah dgn anak2 muridnya ......

Sebelum program nie diadakan , byk lah cerita2 dibelakang tabir . tapi bila dah selesai , semua yg terlibat menyatakan perasaan gembira , berpuashati dan seronok . Mestilah seronok sbb dari 0% jadi 40% , dari 50% jadi 70% .. yg dah 100% turut berkongsi ilmu . Mereka juga berharap akan diadakan program seperti ini lagi di lain masa .
p/s : aku jer yg dianggap 0 ( pd yg tau cerita 13 sept 2007 - kes mkml komputer . )
ahahaha , aku tetap cool !







1 ulasan: