THE BEAUTY OF LIFE DOES NOT DEPEND ON HOW HAPPY YOU ARE BUT ON HOW HAPPY OTHERS CAN BE BECAUSE OF YOU . TRAVELLING IS NOT SOMETHING TO SHOW BUT SOMETHING TO TELL .
Sabtu, 26 Oktober 2013
Apa lagi yang tak puas ni ....
Tamatlah sudah Program PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SKKP 2013 yang telah dijalankan bermula 25/10/2013 - 26/10/2013 selama 2 hari 1 malam ....
Bila sebut perkhemahan , tentulah ada khemah kan , kan .. mesti ada bermacam macam pertandingan yang berkaitan antara unit beruniform kan , kan ....
Bila bertanding , sudah tentu ada menang dan ada yang kalah kan , kan ... itu namanya adat bertanding . Bila ada kalah dan menang , ada juga insan insan yang tidak puas hati dengan kekalahan . Biasanya , murid murid memahami adat bertanding , tak ada pertikaian , menerima .....
Cikgu lah yang selalunya lebih lebih .... ish , ish , ish .... SIAPA TUUUUUUUUU !!!!!!
Khamis, 24 Oktober 2013
Tahi gigi jer ....
Aduhai anak muridku .... Hidup dalam kemewahan , kesenangan dan timbunan harta .
Semalam ALIA SHUHADA 1B membawa SAMSUNG TABLET 7.0 ke sekolah . Aku tau niat mereka ni , nak main game . Mana boleh kan , peraturan sekolah tidak membenarkan ...
Aku ambil , bukan aku nak pun .... Aku bagitau dia , waktu balik nanti , jumpa kau semula dan aku akan pulangkan . Aku juga bagitau pd abang dia di tahun 3 dan 5 ...
Waktu balik , ermmmm .... tak der sorang pun jumpa aku .... Aku call parents dia , menghampakan ..
Ayah seorang kontraktor , ibu seorang guru .... Mungkin nilai TAB tu taik gigi jer pada mereka ....

FATIN AMANI pula , pemurah orang nyer ... Bawa duit sebanyak RM312 ... Habis disedekahkan pada murid2 kelas 1B. Tapi plk sedekah pada aku , guru kelas dia . hahahaha ....
Risau plk budak darjah 1 bawak duit banyak2 .. Dia kata ayah bagi . Aku ni kan guru prihatin . Call lah ayah dia ....
" Saya bagi dia RM12 , duit belanja RM2 dan yg lebih tu nak beli pensil warna . Saya tersilap bagi kot . "
Ishhhhhhh .... tersilap bagi ??????? kalau duit sekeping mungkin boleh kata tersilap bagi . Nie 6 keping duit . Takkan tak leh kira ....
Bila aku tanya dan tanya dan tanya dan tanya dan tanya ..... Barulah dia mengaku ambil duit ibu dia tanpa pengetahuan . Yerlah ... budak kan , dia tak tau nilai duit lagi . RM300 tu adalah RM3 bagi dia ....
Ibu ayah banyak duit hingga tak sedar duit hilang ... Hingga sekarang RM300 tu ada pada aku ... tidak dituntut seperti yg dijanjikan . Jenuh menunggu ...
RM300 , taik gigi jer .... bagi dia .....
Isnin, 21 Oktober 2013
Langgan:
Catatan (Atom)

.jpg)
.jpg)
.jpg)