Ahad, 31 Mei 2009

sukarnya utk memahami ...

Tak faham atau saja2 buat tak faham ...
kalau betul tak faham , kenapa tak belajar utk memahami ...
Belajarlah jadi insan yg mematuhi arahan & peraturan ...
Sedarlah bahawa perlakuan kita akan menyusahkan orang lain ...
Aku juga yg menjadi mangsa ...

konsert rock ...

Dah seminggu , suara macam itik serati .. aku bercakap tapi suara tak keluar . Guna bahasa isyarat jer .. nasib baik sepanjang minggu lepas , minggu peperiksaan . Taklah byk sangat guna suara . Bila cikgu2 lain tanya mana gi suara , aku jawab " malam tadi buat konsert rock .. "

Khamis, 28 Mei 2009

" pot luck "

Memang dah menjadi kebiasaan , minggu terakhir sebelum cuti penggal , kami akan mengadakan majlis " pot luck " . Masing2 bawa makanan sendiri , tiada paksaan dan makan bersama2 .. Yang tak bawa pun boleh join , no hal ! Elok gak cara gini . Selain mengenyangkan juga mengeratkan silaratulrahim .. Aku suka sangat !

Sejak aku mula posting ke SKN , aku tak pernah mendengar perkataan nie .. Hulu betul aku ! Bila jer berpindah ke SKKP , aku terpinga2 bila seorang guru menyatakan nak adakan majlis nie .. Apa tu ??? Tengok kamus , baru tau ...