Rabu, 3 Jun 2015

Menangis sendiri ...

Ya Allah ...
Ujian buat diriku ...
Berilah aku ketabahan dan kesabaran Ya Allah
Hanya kepadaMu tempat aku mengadu ...

Ya Allah ...
Berilah aku petunjuk ...
Berilah aku kemudahan dalam aku menangani masalah ini ...

Aaaminn ya Rabb

Selasa, 2 Jun 2015

Sahabat ....



Bagaimana untuk mengenali sahabat atau kawan ....
ketika kita sedang dalam kesusahan , ketika itu kita tahu yang mana kawan dan yang mana sahabat  .
Dan sekarang aku tau , aku memang ramai kawan tetapi aku tiada seorang pun sahabat ... 

Aku merasakan dialah sahabat aku dunia akhirat .....
Dalam memberikan pertolongan , tapi dia juga menambahkan kesusahan dan bebanan ...

Aduhai sahabat ... Kenapa jadi begini ...kenapa berubah janji ....

Beginilah ceritanya ...Aku dalam keadaan terdesak ...Surat mahkamah dah keluar .... Aku tau , dia boleh membantu aku kerana dia selalu cakap , aku kembar dia , susah senang tetap bersama ... saling membantu ... 

Maka perjanjian secara lisan dibuat , aku sanggup membayar sebanyak RM1000 selama 5 bulan mulai 2/6/2015 .... tapi semalam aku terima mesej dari dia ,  dia nak aku bayar keseluruhan pinjaman dalam tempoh sebulan ... sedihnya aku , dia buat begini ... dia kata perjanjian mulut boleh ubah bila bila masa ... menangis aku ! 










Sabtu, 30 Mei 2015

Saat ini ....



SENDIRI WALAU SAKIT DAN KALAH

Kita sendiri dalam menempuh kehidupan
Kita sendiri dalam meneruskan kehidupan
Kita sendiri dalam menelurusi jalan
Kita sendiri dalam langkah ke hadapan

Dulu kita tidak sendiri
Dulu kita berdua
Dulu kita bertiga
Dulu kita ramai

TETAPI

Tidak semua mampu menangis bersama-sama kita
Tidak semua ingin sakit bersama-sama kita
Tidak semua ingin kalah bersama-sama kita

NAMUN

Kehidupan perlu diteruskan
Langkah perlu terus dilangkah
Jalan perlu terus diteroka

Biarpun jalan ini kita perlu menangis
Biarpun jalan ini menyakitkan
Biarpun jalan ini membuat kita kalah

KERANA AKU YAKIN

Suatu masa kita boleh ketawa
Suatu masa luka kita sembuh
Suatu masa kita akan menang

12.45 Tghari Jumaat 15 Februari 2013 AD RiFza 


- minta halal kan - 
sekadar berkongsi rasa hati