Perancangan Allah memang cantik .. Hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya
Urutan dari 16/1 ...
Mertua jatuh dalam bilik di rumahnya . Bahu terseliuh dan tangan kanan tak boleh digerakkan .
Ketika itu , ayah long , Lyna dan Efa bawa Tok ke hospital .. Kena warded selama seminggu .. dan ank cucu pun berkampung di hospital . Ketika itu aku sedang mengerjakan Umrah bersama kakak kakak ku ..
Selepas itu , anak anak mengambil giliran menjaga mertua ... tangan kanan sakit , maka segala urusan hidup memerlukan pertolongan ... segala galanya .. Anak anak redha dan memerlukan pengorbanan masa dan tenaga ...
Hingga lah ....
19/3 ... muntah2 , buang air kecil dan besar tak lawas ...
bawa ke klinik swasta , klinik Mona . bagi ubat gastrik .
20/3 ... perut buncit , tegang mcm buah tembikai ...
masih muntah2 lagi ... ni bukan gastrik ni , ada cerita lain ni ..
Lyna suap Tok bubur , tak selera makan ...
21/3 ... 10 pagi bawa ke klinik Mona lagi , refer terus ke HTAA ..
terus ke Zon Merah ... Tok ada IO ( International Obstruction ) dgn acute kidney injury sbb dehydration , kena buat Exploration Laparatomy segera . Banyak kemungkinan .....
8.30 ... malam masuk Dewan Bedah .
Ketika ini semua anak cucu dah berkumpul .. pembedahan berjalan selama 5 jam .
22/3 ... Kul 1.00 pg selesai pembedahan ...
keluar dari Dewan Bedah .
Keputusan dari pembedahan ... usus ada Ischemic ( mati ) sbb tak dapay supply darah .. so , doktor buang yg dah maati , lepas tu tebuk perut pakai BAGOTA .. Skrg duk di ICU hingga stabil ..
Selepas beberapa jam pembedahan , mertua masih tak sedar lagi ..
Sebelah malam kami buat solat hajat beramai-ramai , mohon dipermudahkan segala urusan mertua .
23/3 ... Latest update ..
Mertua memerlukan Hemodialisis kerana buah pinggang tak berfungsi .
namun , begitu , mertua masih tak sedar lagi ..
24/3 .. 10.30 pagi
Dapat info , anak2 dikehendaki datang ke wad .. dari taklimat yg diberi , mertua kena buat pembedahan kecemasan kerana keadaan makin serius .. Masing2 dah berkumpul . Kamal yg di kerja di Johor , aku paksa balik ..
Sehingga petang , masih belum lagi masuk dewan bedah ...
6.15 p.m .. sekali lagi anak anak sahaja dipanggil utk taklimat terakhir . Apa yg aku dengar , tabah dan redha , bila bila masa jer ... ketika doktor memberi taklimat , wad tiada pengawasan , aku mengambil kesempatan utk membaca surah yasin bersama biras ..ketika ini juga , aku sempat mengambil gambar ..
Pukul 7.45 ptg , Mertua menghembuskan nafas terakhirnya .
Dikelilingi anak cucu , hanya Ayahlong dan suami tiada .
Maka semua pun kelam kabut menghantar berita kepada semua
adik beradik , jiran tetangga , sedara mara , sahabat handai , ipar duai .
Jenazah di kebumikan di Tanah Perkuburan Pancing
seperti permintaan arwah . Berdekatan dengan pusara
arwah suaminya .
Duhai bonda ku ...
damai lah engkau di sana ..